Labels

Monday, July 16, 2007

JIBUNSYI SEJATI



JIBUNSYI atau "jibunshi" dalam bahasa Jepun ialah catatan mengenai kisah hidup seseorang. Ia sekadar cerita-cerita biasa dari orang biasa. Ada kalanya catatan ini dibukukan untuk bacaan umum, selebihnya sekadar disimpan untuk catatan peribadi dan saudara terdekat. Jibunsyi menjadi suatu khazanah sejarah yang amat berharga. Ia merupakan catatan daripada saksi mata terhadap peristiwa-peristiwa yang dilalui oleh penulisnya.

Apakah perbezaannya di antara jibunsyi dengan bibiografi biografi?. Kedua-duanya adalah catatan mengenai kisah hidup. BibiografiBiografi lebih tertumpu kepada 'kisah orang besar', sedangkan jibunsyi adalah catatan mengenai 'sejarah diri sendiri'. Ia itu sesiapa sahaja dan sudah tentunya adalah orang-orang kecil seperti kita semua.

Novel jibunsyi agak berbeza sedikit daripada jibunsyi. Setelah ia dinamakan novel, makan ia adalah cereka. Walaupun cereka tersebut adalah berasaskan kepada kisah benar, ia adalah tetap cereka.

Semasa saya berada di Jepun pada musim bunga yang lepas, saya sempat membeli sebuah jibunsyi berjudul "Tiada Siapa Yang sempurna" (No One's Perfect). Ia mengisahkan mengenai kehidupan penulisnya, saudara Hirotada Ototake yang dilahirkan pada 1976 tanpa kaki dan tangan. Beliau menceritakan susah-payah kehidupan beliau semenjak lahir sehingga dewasa. Semasa beliau masih bayi, cerita dikutip daripada nenek dan orang tuanya dan cerita lain adalah merupakan catatan peribadi beliau sendiri.

Apa yang paling menarik mengenai jibunsyi beliau ialah, sebanyak 4,500,000 naskah telah terjual. Ia adalah merupakan buku yang kedua larisnya di Jepun. Cuba bayangkan, sekiranya beliau mendapat royalti sebanyak RM1 sahaja bagi sebuah buku, beliau telah menerima RM4.5juta bagi buku tersebut.

Siapa kata buku kisah orang kecil tidak laku?.

4 comments:

MYA MARJA said...

Ya, memang sejati. Boleh pinjam, Tuan MBA?

mba2u said...

Boleh saja ...

Anonymous said...

Biografi, bukan bibiografi.

(jangan keliru dengan bibliografi, maksudnya lain)

mba2u said...

terima kasih ghermin