Labels

Monday, July 30, 2007

PENAJAAN

SAYA ada mengajak seorang-dua kawan-kawan yang pada zahirnya "mampu" untuk mendaki Mt. Fuji Ogos ini (21 - 26 Ogos 2007). tahun lepas kosnya ialah RM4,500. Itupun 24 orang yang menyertainya. tahun ini kosnya cuma RM2,995 sahaja. Sasarannya cuma 15 orang sahaja.

Dia: Saya minat nak mendaki ini, ada penaja ke tidak?

Saya: Ada, tapi kenalah cari sendiri. Kita boleh keluar surat.

Dia: Susahlah sikit. Penganjurlah yang kena cari penaja.

Saya: (dalam hati). Amboi.... lebih baik aku cari penaja untuk diri aku sendiri!.
(senyum) Apakah justifikasinya?.

Dia: Maksudnya?

Saya: Jika penaja tanya, apa yang dia dapat dengan menaja engkau, apa aku nak jawab?

Dia: Eh... nak taja, taja sajalah. Mana boleh beri syarat-syarat macam itu?.

Saya: Jika dia orang tu ada duit berlebihan, lebih baik dia beri kepada rumah anak yatim, dapat juga pengecualian cukai pendapatan. Jika dia taja artis, dia dapat publisiti. Jika dia derma kat masjid, dia dapat pahala. Jika dia habiskan duit taja engkau, habukpun tak ada, silap-silap kena siasat pulak.

Dia: $#@!%%^&*(&&%$$#

3 comments:

Anonymous said...

Bang MBA,
Kenapa tak cakap dengan dia, "Banyak cantik muka nak suruh penganjur cari penaja. Cis, poreeeeh!" HAHAHA!

Leyla Shuri said...

Salam tuan rumah,
tak pernah saya terdengar org negara lain daki fuji minta penaja...inilah pertama kali dari orang Melayu!
Sedangkan nenek 88 thn dah daki ke puncah tak perlu pun penaja...sebatang tongkat aje cukup.

mba2u said...

sdr jahrera;

1. Orang Melayu mmg suka subsidi. Jika beli brg murahpun nak tawar lagi.

2. Kos paling mahal dlm expedisi ini ialah tambang k/terbang. nenak 88 thn tu barangkali tak naik k/terbang

3. Sebatang tongkat harganya Y1000, itupun nak minta sponsor ...