Labels

Saturday, July 21, 2007

CATATAN SABTU

CATATAN 1:
HARI ini telah dijadualkan diadakan mesyuarat exco myJICA. Presiden ada, naib presiden ada, ahli mesyuarat ada, namun setiausaha tidak bersedia. Minit mesyuarat yang lepas belum dibuat. Beliau mohon ditangguhkan mesyuarat ke minggu hadapan. Malangnya minggu hadapan Presiden tidak ada, kedua-dua naib presiden juga tidak ada dan sudah pastilah mesyuarat bulanan tersebut terpaksa di bawa ke bulan berikutnya.

Bagi saya, minit mesyuarat tidaklah perlu sangat sehinggakan mesyuarat perlu dibatalkan. Jika kita bergantung kepada minit, maknanya kita bermesyuarat sebulan terkebelakang. Sedangkan kita perlu maju ke hadapan. Kita perlu melihat, mendengar, meneliti dan menilai perancangan untuk masa hadapan, bukan membaca minit mengenai apa yang telah dilapor sebulan yang lepas.

Minit: penting tetapi tidak wajib.

CATATAN 2.
Saya sedang bertungkus (belum sampai tahap lumus) untuk menyiapkan buku ICT. Semalam baru 15 muka surat. Hari ini sudah dapat 20 muka. Sasaran sehingga senja ialah 50 muka. Sasaran akhir 160 muka surat sehingga 13 Ogos.

Selepas buku ICT, saya kena siapkan buku lautan biru yang dijanjikan untuk diserahkan sebulan selepas 13 Ogos. Sekarang baru beberapa muka. Nak beri konsentrasi kepada buku ICT dulu.

Buku travelog Jepun sedang berehat sebentar. Tinggal satu dua bab lagi mengenai kisah Pakcik Higa yang menjadi nilai tambah kepada buku ini yang perlu disiapkan. Insyaallah boleh disiapkan nanti.

30 Julai ada satu lagi tugasan wajib yang dihantar, iaitu mengenai keselamatan ICT. Seminggu lagi, tetapi rangkapun belum tulis lagi. Tugasan ini tidak boleh dilengahkan jika tidak mahu masuk lembaga penurunan pangkat.

Minggu depan, sebelum mesyuarat pasca kabinet satu lagi kertas perlu diserahkan. Barangkali esok sahajalah mula menulis dan disiapkan.

CATATAN 3
Siapa yang membaca (atau barangkali terbaca) blog saya?. Dulu saya perhatikan ada SB yang masuk dan tertinggal jejak.

Pengiklan kata 73% pembaca blog saya ialah lelaki. Blog saya tidak mesra wanita rupanya. Saya jangkakan pembaca blog saya adalah yang berusia hampir sama dengan saya, rupa-rupanya 69% adalah di bawah usia 21 tahun!.

Jibunsyi
July 16th, 2007

Syikin bertanya: apakah yang dimaksudkan dengan Jibunsyi? Syikin fikir ia sudah ketinggalan zaman. Sebenarnya ramai yang tidak pernah mendengar istilah tersebut. Saya tahu tetapi tidak ambil pusing sehinggalah Puan Ainon meminta saya menulis genre tersebut.

MBA menulis tentang Jibunsyi. Syikin mungkin mendapat faedah daripada tulisan beliau.

Sungguh tidak disangka bahawa profesor pun membaca blog saya (terbaca sebenarnya). Terima kasih prof.

2 comments:

muqayankabut said...

Salam,

Bukan Prof jer baca blog ni tapi tok imam pun tgok.

FaRuHa said...

salam MBA,

buku ICT ! Saya pun insyaallah balik Msia utk conference ICT Nov. ni.

blog MBA mesra bahasa.
saya pembaca wanita di atas 21 thn...