Labels

Tuesday, July 17, 2007

BILA CIKGU MULA MELALUT

TERPANGGIL saya untuk menulis mengenai cikgu. Sesekali apabila murid mengulas mengenai cikgu apa salahnya kan?. Jika pepatah dulu ada mengatakan "guru kencing berdiri, murid kencing berlari", kini pepatah baru harus dicipta gamaknya...

Rata-rata akhbar harian dipenuhi dengan berita dan rencana mengenai guru yang mendakwa dianiaya. Guru DGA41 (berijazah) dikatakan teranianya kerana menerima gaji yang lebih rendah berbanding dengan guru DGA32 (diploma). Dalam hal ini berbandingan tidak dibuat secara adil dan jujur. Dakwaan bahawa 50,000 orang guru yang terlibat ini membandingkan gaji permula yang mereka perolehi (setelah berkhidmat 10 tahun dalam DGA29 dan kemudiannya cuti separuh gaji melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah) dibandingkan dengan cikgu DGA29 yang telah berkhidmat12 tahun dan telah dinaikkan pangkat ke gred DGA32. Sekali lagi ditekankan, perbandingan gaji mula di antara gred lantikan (DGA41) dengan gaji kenaikan pangkat (DGA32).

Mereka tidak membandingkan benefit lain yang bakal diperolehi sebagai guru berijazah, peluang kenaikan pangkat, peluang kenaikan gaji, naik gred, gaji akhir dan sebagainya. Di tempat saya bertugaspun ramai pegawai B yang gajinya lebih tinggi berbanding dengan pegawai A. Sebabnya ialah pegawai B lebih lama bertugas (bukan dikira dari tarikh melapor diri sahaja) dan telah dinaikkan pangkat, sedangkan pegawai A walaupun sama tarikh melapornya, tetap junior kerana telah bercuti separuh gaji.

Kerajaan tidak zalim rasanya dalam hal ini sebab tidak ada penganiayaan langsung. Mana mungkin seseorang pegawai menerima gaji yang lebih rendah dari yang sebelumnya setelah dia berijazah. Namun jangan bandingkan kita dengan orang lain. Orang lain naik pangkat, tidak semestinya kita juga mesti dapat. Apatah lagi untuk membandingkan skim kita dengan skim lain.

Namun cikgu ini biasanya power..... sekali dia bersuara, habis berombak samudera. Bilis berenang ke tepi, jerung menyelam dalam.

Sama-samalah kita tengok nanti.

2 comments:

Anonymous said...

Cikgu harus bersyukur dah macam2 elaun dapat, kebajikan terjaga, dahlah waktu kerja separuh hari, cuti semester panjang, dia tak bandingkan tekanan dalam sektor kerja lain...dah tu guru2 asyik pergi kursus merata malaysia, sambil shoppinh dan jalan2...pasala kem dapat banyak bujet...dapat laptop sorang satu lah, pastu laptop hilang, rosak dll...tu pun tak syukur lagi...

saya pun geram dengan perjuangan mereka, kualiti displin anak murid camana? Adakah dedikasi guru dulu2 ada dalam diri cikgu hari ni? Bandingkan pulak peranan guru kat sini dengan peranan guru2 di Jepun...jauh sangat lah...

Tumpang lepas geram.....

Anonymous said...

alhamdulillah,aku bersyukur dilahirkan sebagai seorang guru.Guru itu menegakkan hak mereka.Guru juga seorang manusia biasa.Sama-samalah kita mendoakan kesejahteraan kita semua.Amin.