Labels

Monday, April 02, 2007

TOLAK PTD

BERITA hari ini menceritakan tentang "Guru bersatu tolak PTD".

PTD adalah singkatan dari Pegawai Tadbir dan Diplomatik. Perkhidmatan kerajaan membahagikan pegawai/kakitangan mereka kepada beberapa skim. Dari sini wujudlah PTD, PTM, Jurutera, Guru, Doktor dan sebagainya. Setiap skim mempunyai skop dan bidang tugas mereka masing-masing. Kelayakan masuk juga berbeza dari skim ke skim.

Andaian dalam syarikat ialah ada jurujual, teknikal, akaun dan yang seumpama dengannya. Yang berneza mungkin CEO atau GM company boleh dipegang oleh sesiapa sahaja yang layak. Tidak kiralah apa latarbelakang mereka. Orang teknikal boleh masuk bidang jualan dan pengurusan biasanya.

Dalam kerajaan, Ketua Setiausaha Negara (KSN) dan semua Ketua Setiausaha Kementerian (KSU) mesti PTD. Kebanyakan ketua pengarah juga adalah PTD.

Pengkhususan utama PTD ialah pentadbiran. Tidak kiralah samada pentadbiran tanah, sumber manusia, ICT, kewangan, akaun, diplomatik atau apa sahaja, asalkan pentadbiran.

Semua orang tahu bahawa doktor kerjanya ialah merawat pesakit kan?. Namun pengarah hospital tidak ada pesakit dan 99% kehidupannya ialah mentadbir. Namun adakah doktor boleh mentadbir secekap PTD?. Cikgu pula kerjanya mengajar kan?. Guru besar? Og HM tidak lagi mengajar, tetapi mentadbir. Jika guru yang ditempatkan di kementerian atau Jabatan Pendidikan Negeri (JKN) sudah tentu tidak ada murid. Dia tidak mengajar. Lantar guru buat apa?. Dia menjadi pentadbir. Adapun pentadbiran cikgu @ guru ini adakah setara dengan pentadbiran PTD? Yang tidak tahu lain selain mentadbir sahaja?.

Jika PTD pandai mentadbir, mengapa guru tolak PTD?. (Doktor telah menerima PTD. Di setiap Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), PTD adalah Pimbalan Pengarah Pengurusan,. sementara pengarahnya adalah doktor.

Alasan yang diberikan oleh cikgu ialah dengan adanya PTD di Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), ia akan menyempitkan lagi peluang kenaikan pangkat cikgu. Nah di sini bukan soal pentadbiran atau rakyat yang diutamakan, tetapi soal naik pangkat. Kerajaan patut menyelesaikan perkara ini dulu...

Jika dilihat kepada doktor, adakah peluang kenaikan pangkat doktor tergugat dengan adanya PTD di JKN?. Atau adakah PTD banyak menyumbang dalam JKN?. Para cikgu dan guru kena tanya doktor dulu...

6 comments:

mba2u said...

PTD biasanya sekolah aliran sastera. Doktor mesti dari aliran sains. Itu dulu. Kini PTD dari semua aliran.

PTD kata nak jadi doktor senang. Nak jadi loyar senang. Nak jadi cikgu lagi senang. Masuk universiti, ambil jurusan perubatan, jika lulus nescaya dapatlah jadi doktor. Begitu juga dengan loyar, guru etc.

Nak jadi PTD susah. Keluar U lum pasti lagi boleh diterima masuk PTD you!

Anonymous said...

mba ni PTD kan?

mba2u said...

Alamak.... Syyyyyy!!!!!

Anonymous said...

patut la beria-ria mempertahankan PTD..hehe..btw nak jadi doktor susah, sebab sebelum masuk U dah ditapis..kalau nak jadi PTD selepas keluar U baru ditapis...sebelum dan selepas..ada bezakan....pendapat saya je..

Anonymous said...

bukankah jika guru layak dinaikkan pangkat dan berkebolehan utk mentadbir, mereke seharusnya diberi peluang tersebut?

adakah kemasukan PTD ke JPN bukan bertujuan utk kenaikan pangkat PTD?

everyone knows PTD naik pangkat secara batch-by-batch

3yrs and u guys are already up 1 notch, whereas others scheme have to wait until 7years

Anonymous said...

Tak taulah saya. Saya ingatkan selama ni yang jadi Pengetua dah pergi belajar Sarjana Pentadbiran Sekolah jadi memang dah diajar mentadbir. PTD yang kerja di Jbt Kesihatan dah ada ilmu mengenai kesihatan? Yang pergi Jbt Pelajaran, ada pengetahuan mengenai masalah di sekolah dan bilik darjah?