Labels

Monday, April 16, 2007

LATIHAN INDUSTRI IPT TAK BERKESAN

BETULKAH latihan industri bagi pelajar IPT tidak berkesan?.
Jika benar tidak berkesan, mengapa?.

1. Pelajar tidak diberi kerja
2. Pelajar tidak tahu buat kerja
3. Pelajar disuruh buat kopi untuk bos
4. Buat kopipun pelajar tak tahu
5. Pelajar hanya tahu buat kopi
6. Pelajar tidak belajar di sebalik kerja buat kopi
7. IPT tidak ajar pelajar buat kopi (dengan betul)

Mengapa ya?.


Latihan industri tak berkesan

Oleh : Rusnita PechokNedstat Basic - Free web site statistics

Pelajar IPT tidak berpeluang praktik ilmu dipelajari di kampus: Ong

LATIHAN industri yang dilakukan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) kurang berkesan dan gagal membantu mereka meningkatkan kemahiran serta mempraktikkan ilmu dipelajari di kampus kerana penyertaan terhad kepada kumpulan tertentu saja.


Selain itu, pelatih tidak diberikan bimbingan dan tunjuk ajar sesuai dengan kursus diikuti di universiti, malah ada antara mereka diminta melakukan tugasan kurang sesuai seperti menjadi pembantu pejabat atau membuat minuman untuk majikan.



Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Ong Tee Keat, berkata pelajar yang mengikuti latihan industri sepatutnya diberikan tugasan yang boleh membantu kerjaya mereka apabila tamat pengajian, bukannya pekerja murahan.

"Majikan perlu menjadikan latihan itu sebagai peluang mendapatkan pekerja berpotensi, kerana mereka memantau sendiri kebolehan pelatih dan kaedah itu lebih baik daripada mengadakan temu duga," katanya ketika berucap merasmikan Program Penerokaan Kerjaya (CEP), Kolej SEGi di Subang Jaya, semalam.

Ong berkata, majikan seharusnya memberikan tunjuk ajar kepada pelatih dengan memberikan tugasan bermanfaat dan memberi pendedahan mengenai tugas sebenar bakal dilalui kelak.

Katanya, program amali berkenaan perlu dilaksanakan secara serius bagi memastikan graduan bersedia memasuki pasaran pekerjaan kerana keputusan cemerlang dalam peperiksaan tidak bermakna jika mereka tiada persediaan ke alam pekerjaan.Nedstat Basic - Free web site statistics

Sambil menyifatkan langkah diambil Kolej SEGi bekerjasama dengan pelbagai syarikat bagi memberi peluang pelajar menjalani latihan amali sebagai satu tugas mencabar, beliau berharap, lebih banyak IPT mengambil langkah sama.

"Sebarang usaha untuk memberi peluang kepada pelajar membuat persediaan ke alam pekerjaan perlu disokong dan IPT perlu mengorak langkah mengadakan kerjasama dengan pelbagai sektor untuk melaksanakannya," katanya.

Sementara itu Pengarah Pembangunan Perniagaan SEGi Berhad, Ailin Ton Isahak, berkata program CEP memberi peluang pelajar memperoleh pengalaman dalam dunia pekerjaan sebenar.

Katanya, menerusi program berkenaan, graduan dijangka mampu bersaing untuk menempatkan diri dalam pasaran pekerjaan yang mencabar.

Menerusi program itu, mereka bekerjasama dengan Jobstreet.com yang menyediakan laman web mikro bagi memadankan pelajar dan latihan industri bersesuaian di syarikat terpilih.

Sumber : Berita Harian 13 / 4 / 07

3 comments:

zino said...

ramai yg menjalani latihan di tempat kami tu.. tapi tak ada program khas utk mereka..

mereka kena buat kerja apa yg kami buat..

saridahamid said...

Di universiti mana ada ajar praktikal semuanya teori. Pelajarlah yang kena praktikkan ilmu yang dipelajari dengan kreativiti sendiri. Kena pula belajar berfikir bagaimana hendak kreatif.

mba said...

saya ada supervise budak2 ni. Dalam pemberian markah, saya perlu letakkan diri saya 30 tahun ke belakang. Ia itu masa saya juga kena buat praktikal dulu ... barulah adil rasanya.