Labels

Friday, April 06, 2007

60? OH TIDAK 55 AJA DEH

ADA ura-ura kerajaan akan menaikkan usia kakitangannya dalam perkhidmatan awam dari bersara 55/56 tahun ke 60 tahun. Adakah anda setuju usia persaraan adalah 60 tahun?.

55:
Aku tak setuju. Tak setuju. Jika pencen umur 60, di mana lagi ada kehidupan?. Bila masa nak merasa kehidupan ini untuk diri sendiri?. Berpuluh tahun jadi kuli, bila 60 baru pencen dan lepas tu ke dunia lain. Oh tidak... 55 saja cukup

60:
Pencen 60 tu bagus.... Kesihatan kita kian meningkat baik, purata hayat hidup kita semakin meningkat. Umur 60 tu muda lagi dan masih produktif lagi. Banyak perkara yang boleh disumbangkan kepada rakyat melalui kerajaan. Kita patut menikmati kehidupan sebenar semasa dalam perkhidmatan, bukan selepas pencen. Masa kerja inilah kita boleh pergi oversea, boleh naik kapalterbang kelang perniagaan, duduk hotel 5-6 star. Jika dah pencen jangan haraplah, mana ada duit. Lagipun kita perlukan duit, sebab itu pencen 60 tu bagus.

55:
Engkau lainlah. Semuanya engkau fulun. Aku ni tangga kapalterbangpun aku tak kenal, kelas ekonomipun tak sudi terima aku. Hotel bintang-bintang tu boleh bilang dengan harakat saja dalam masa 25 tahun perkhidmatan aku ni. Sedih aku mengenangkan layanan terhadap perkhidmatan aku. Jeles aku kat hang. Lebih baik aku p[encen awal dan aku boleh buat apa yang aku nak buat, bukan harap simpati majikan.

Aku:
Hmmm... 55? ... 56? ..... 60?
(entahlah labu...)

3 comments:

Anonymous said...

MBA tulis nama dia Tamuramaro Hamada. Tapi aku rasa nama dia sebenar Marimari Bantailaa Atantuya. Betul tak MBA. Hang menyamak aja jadi melayu

areyoung said...

Bernas sungguh!

Anonymous said...

Masa orang lain pilih 56, saya pilih 55.