Labels

Friday, March 16, 2007

PANAS TAPI SEJUK

bahang mentari
sepoi di musim bunga
dingin terasa


SEMASA saya menghadiri seminar JICA di Jakarta minggu lalu (sekarang seminar JICA di Osaka), loghat bahasa Melayu antara dua negara, Malaysia dan Indonesia ternyata berbeda sekali.

Pada awalnya saya berutusan e-mel dengan Pak Edhie menggunakan bahasa Melayu (sengaja saya buat-buat slangga Indonesia), namun Pak Edhie membalasnya dalam bahasa Inggeris. Lebih cocok gitu katanya, nanti kita tidak ketemu titik nokhtahnya.

Dalam dewan seminar, penghawa dingin dipasang dengan maksima. Kami kesejukan. Komplen kepada petugas. Sejuk!. Mereka senyum-senyum. Angguk-angguk. Sejuk tetap sejuk juga.

Rupa-rupanya sejuk dalam bahasa Indonesia ialah nyaman, damai!. Jika komplen dingin, barulah betul, barulah dinaikkan sedikit suhunya.

Oh bahasa.... Semalam saya bercakap Melayu dengan Jepun di sini dan dia faham. Sebabnya dia tak tahu BI. ;-)

4 comments:

areyoung said...

Kenapa Pak MBA tak berbahasa Jepun saja dengan mereka? ;)

mba said...

itulah.... areyoung;

Kita cakap Jepun depa bilang Jepang ;-)

Yang bernama Siti said...

Pengalaman saya berurusan dengan rakan sekerja di Indonesia juga begitu. Lebih baik berbahasa Inggeris. Jika berbahasa Melayu, ada kekeliruan, atau mungkin masing-masing tidak faham langsung apa yang diperkatakan.

Anonymous said...

+hari ni bisnes 'sejuk'..

hehe tak laku......


kakngah