Labels

Sunday, March 11, 2007

BIN ABDULLAH

KITA tertarik dengan keputusan fatwa negeri Perlis Indera Kayangan bahawasanya mereka yang memeluk ugama Islam tidak dibenarkan (diharamkan?) menukar nama mereka kepada ... bin Abdullah. Ini adalah untuk menjaga nasab atau nama keluarga supaya tidak hilang begitu sahaja.

Ketertarikan kita itu menjurus kepada beberapa persoalan yang memerlukan jawapan:

1. Berapa ramai agaknya Bin Abdullah masa kini di negerin Perlis?
- Jika belum ramai elok sangatlah diramaikan lagi, itu lebih afdhal.
- Adakah kewujudan Bin Abdullah ini banyak menimbulkan masalah

2. Sudahkah fatwa ini di Malaysiakan?
- Bagi mualaf yang nak kekalkan nama, pergi ke Perlis
- Bagi mereka yang nak tukar nama, jangan ke Perlis
Hasilnya satu negara macam-macam ada.

3. Untuk menjada nasab keluarga, bukankah elok nama-nama orang Melayu di Malaysia ini difatwakan supaya mengekalkan nama datuk-nenek-moyang mereka?. Sesungguhnya nama orang Melayu di Perlis dan di Malaysia ini hanya bertahan untuk diu generasi sahaja, iaitu anak bin bapa. Kemudian dah hilang ditelah oleh zaman. Elok jika dikekalkan nasab keluarga bukan?.

Wallahualam.

3 comments:

Firdaus Ariff said...

Ini adalah respon kepada mualaf-mualaf yang keberatan menukar nama mereka kepada bin Abdullah. Kerana mereka tidak mahu hilang identiti mereka. Kita orang Melayu memang tidak mengekalkan nama keluarga jadi tidak timbul isu di sini. Wallahualam.

Mengikut guru saya, sebenarnya boleh mengekalkan nama asal setelah memeluk Islam di negeri-negeri lain.

abdullahjones said...

tak ada anak di perlis lah saya napoknya mba.

datheavenlysincethousandyearsagoguy said...

Assalam,

err.. Perlis Darus-Sunnah.
bukan lg 'indera kayangan' mengarut tuuu...

btw, ibnu ariff, u r rite.