Minggu depan saya ingin mengembara. Pengembaraan ke destinasi yang tidak boleh dihubungi melalui telefon bimbit melainkan jika menggunakan telefon 3G. Hanya pada saat begini sahajalah 3G itu mustahak dan perlu. Sedangkan pada hari-hari biasa, terlalu jarang 3G diperlukan.
Ini samalah dengan memiliki sebuah van atau MPV. Ia diperlukan untuk balik kampung sekali sekala ataupun kadang-kadang bercuti seisi keluarga. Pada hari-hari biasa, setiap hari gunakan MPV bersendirian sahaja. Minyak, cukai jalan dan semuanya dibayar dengan harga MPV untuk seorang!.
1 comment:
sdr sewa sahaja - heh, sudah ada tempat sewa begitu di negara ini, macam di Thai...
Post a Comment