Labels

Thursday, January 04, 2007

TIONGHUA, TAMIL LEBIH BAIK DARI ARAB?

SEKOLAH sudahpun dibuka semula. Kepada ibu-bapa yang mempunyai anak kecil, khususnya yang darjah 1, sudah tentu sama sibuk dengan anaknya. Yang bekerja perlu bercuti. Yang berniaga perlu berehat. Yang menganggur sebelum ini perlulah bekerja dalam urusan persekolahan ini (walaupun tetap tidak bergaji).

Hari pertama bersekolah biasanya kecoh. Menangis adalah perkara biasa bagi budak-budak. (bukankah kita juga pernah jadi budak?. Namun pada zaman kita, semuanya OK, Ibu bapa tak perlu hantar ke sekolah. Kita bawa diri sendiri sahaja ke sekolah. Amboi-amboi hebat sungguh kelentong kita ya, lagipun siapa yang nak tahu? : baca: kita bukanya popular sangat masa kecil).

Seingat saya, sekolah dulu mengajar matapelajaran ugama Islam dan murid bukan Islam diberi pilihan untuk ambil matapelajaran tatanegara atau sivik atau yang setaraf dengannya. Kini mata pelajaran tersebut diganti dengan bahasa Arab. Makan bergulunglah lidah anak Cina dan anak Cina mempelajari bahasa Arab. Kepada ibu-bapa mereka cikgu berpesan, ini bukan mau ajar lu punyak anak masuk Islam, ini bahasa Arab saja ma... Anak-anak Melayu juga bergulung lidahnya ahlan wa sahlan. Ia bukan kelas Quran, ia adalah kelas Arab.

Tamat sekolah kebangsaan nanti, anak Cina boleh berbahasa Cina, Melayu, Ingeris dan Arab. Begitu juga dengan anak India. Anak Melayu?. Hanya tahu bahasa Melayu (yang tak berapa betoi).

Apa salahnya jika di sekolah rendah, matapelajaran bahasa Tionghua dan Tamil diajar kepada murid-murid Melayu (dan lainnya)?. Kurang-lurangnya rakyat Malaysia yang tamat sekolah, boleh mengerti bahasa rakyatnya yang berbilang kaum.

MBA: Saja geletek.

3 comments:

Anonymous said...

Ye ke? sejak bila sek rendah ajar B.Arab? sek mana?

mba2u said...

YA. kat sinilah

Anonymous said...

Salam tahun baru :)

Membaca kembali entri-entri yang ketinggalan, aduuuhh ... rupanya saya tidak memberi maklum balas kepada satu entri bulan Nov tentang kimono itu yang memerlukan confirmation saya. Mohon maaf jua.

Geletek bahasa - oohh.... melayu selalu rugi kerana barangkali sering lupa ;)

Semoga tahun ini lebih baik berbanding yang lepas dan hari-hari yang diselusuri dalam damai dan tenang.