Labels

Wednesday, January 17, 2007

WAKARIMASEN

sukarelawan (anak angkat) bersama keluarga angkat mereka


AHAD lepas, satu majlis penyerahan anak-anak angkat dari Jepun kepada keluarga Melayu/Malaysia telah dilaksanakan dalam keadaan serba sederhana tetapi meriah (ayat standard media masa negara kita). Anak-anak angkat ini sebenarnya bukannya budak-budak (tak layak masuk puteri umno), tetapi adalah remaja matang (lewat dua puluhan) yang sudah 7-8 tahun bertugas di negara mereka setelah keluar dari universiti di sana.

Betapa siksanya mencari keluarga angkat kepada mereka ini boleh dikarang dalam suatu bab lain. Namun rata-rata masyarakat kita tidak begitu gemar mengambil 'anak angkat' ini adalah kerana perbedaan budaya dan ugama. Jika begitu sampai bila ugama kita mahu berkembang? KEsemua mereka ini mahu mengetahui agama kita dengan lebih lanjut dan mendalam. Hidayah? Oh itu Allah punya kuasa.

Mereka datang ke sini untuk menjadi sukarelawan di sekolah-sekolah khas untuk kanak-kanak istimewa, yang cacat anggota. Selama dua tahun mereka akan ditempatkan sebagai pengajar dan pengasuh kepada kanak-kanak kita. Mereka tidak boleh berbahasa Inggeris. Mereka diberi latihan intensif mempelajari bahasa Melayu selama dua bulan di negara mereka dan sebulan lagi di negara kita (termasuk 2 minggu homestay). Berbekalkan keupayaan tersebutlah mereka akan ditempatkan di lokasi-lokasi pendalaman yang telahpun dikenalpasti.

Secara singkatnya, kita dapat khidmat profesional mereka secara langsung untuk mengasuh kanak-kanak istimewa kita.

Persoalannya apa yang mereka dapat?. Apa yang negara mereka dapat?. Mengapa harus bersusah payah meninggalkan jawatan sekarang untuk menjadi sukarelawan?. Mengapa perlu bersusah payah mempelajari bahasa asing?.

Jawapannya hanya ada mereka.

Walau apapun, tahun ini ada tiga batch homestay sebegini yang perlu kami cari ibu-bapa angkat mereka.

p.s wakarimasen = saya tak faham

1 comment:

areyoung said...

lukarimasen..? wakarimasen juga!

Haha.