SAYA amat jarang membasuh kereta kesayangan saya. Sebabnya saya sayangkan kereta tersebut. Saya berpegang kepada pepatah "sayangkan isteri tinggal-tinggalkan, sayakan anak tangan-tangankan, sayangkan kereta lasak-lasakkan @ janganlah basuh selalu".
Namun minggu lalu, saya pergi jugalah basuh kereta. Rasa-rasanya ia adalah pertama kali dibasuh (di kedai). Harga basuh cuma RM8. Harga polish RM40. Harga Wax RM40. Harga istimewa ialah RM120. Macam orang kaya, saya ambillah harga istimewa ini setelah dipujuk rayu oleh budak-budak pembasuh kereta ini. Harga ini termasuk basuh, polish, wax dan ditambah percuma basuhan sebanyak 5 kali lagi. PERCUMA.
Dah siap basuh. Dah siap wax. Dah siap polish. Berkilat-kilatlah kereta. Dah bayar, diberikan sekeping kad untuk basuhan PERCUMA akan datang.
"TAPI bang.... basuhan percuma ini hanya laku untuk sebulan sahaja."
"Apa?. Ada ke orang basuh kerata 5 kali sebulan?"
"Ada! ... orang yang dapat kad basuh kereta percumalah"
"(dalam hati) Celaka punya budak. (diluahkan) Itu dah kira tipu dik. Mana ada logik basuh kereta 5 kali seminggu. Saya nak balik duit saya, RM40 (RM8X5)"
"Tak boleh bang. Kami tak tipu. Memang betul percuma 5 kali basuh".
"Tapi tak cakappun 5X dalam sebulan saja?"
"Abang tak tanya!".
"Penipu!. Aku tak akan datang lagi basuh kereta kat sini".
Padan muka aku..... sekarang kereta dah kotor semula dan itulah tanda aku sayangkan kereta aku.
4 comments:
Teknik Basuh Kereta Cara Murah Lagi Berkesan
Keperluan.
1. Sebuku sabun cap kapak (warna hijau) direndam supaya lembut pada sebelah malam, jika mau basuh kereta esok.
2. Masa membasuh esoknya, masukkan ketul sabun yang lembut itu ke dalam baldi
3. Tuangkan minyak disel (ukuran dua penutup botol minyak silinder) jangan banyak
4. Campur dan gaulkan kesemuanya
5. Mula mencuci
Pasti lebih bersinar tanpa membuang duit beli Kit/Wax dsb. insyaallah
kesian kereta eh! kesian mba di permainkan budak.
MBA,
I only wash my car once a week.Jangan membazir air.
If anything too good to be true,then it is.
sdr rastom: Saya tak berani nak cuba.... takut!
AJ: PAdan muka aku!
Abedib: Saya sebulan sekalipun jarang!
Post a Comment