Labels

Sunday, January 14, 2007

APA GUNA MESYUARAT?

MUSYAWARAH itu memang bagus. Tapi kerja bagaimana perlukan mesyuarat dan kerja macamana tak perlu mesyuarat? Banyak orang akan memberikan jawapan bahawa tanpa mesyuarat tak bermaknalah kerja dan mesyuaratlah sebenarnya kerja.

Berikut adalah petikan dari satu mesyuarat besar yang saya pernah hadiri:-



PENGERUSI: Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan tentang logo ini. Sebarang komen boleh dikemukakan dan akan dipertimbangkan.

ORANG KECIL 1: Terima sahajalah logo ini, lagipun ia telah dicetak.

PENGERUSI: Tara boleh terima. Mesyuarat ini tada kuasa terima, kita boleh cadang saja.

ORANG KECIL 2: Ada softcopy tak?. Saya mahu letak dalam homepage.

PENGERUSI: Kita akan edar softcopy setelah logo ini diterima. Sekarang tak boleh edar.

ORANG BESAR: Saya fikir logo ini kurang bagus. Logo sudah ada Japan-Malaysia, mengapa huruf masih perlu ada lagi?. Memadai dengan Friendshi Year lagi, tulis besar-besar.

PENGERUSI: Ya .. ya... idea sangat bagus. Saya mahu bincang. Tapi.... berapa besar kita boleh cetak?.

ORANG KECIL 1: Jika boleh pinda lagi, saya tengok huruf "M" bukan macam "M", tapi "AA". Saya cadang tulis betul-betul biar jadi betul macam "M"

PENGERUSI: Ini logo sudah pakai tahun lepas, komiti tahun lepas sudah terima ini logo, tukar tahun saja. Mana boleh pinda lagi. Oh ya... ini logo sudah cetak, sudah edar, sudah mau guna. Kita tara boleh pinda lagi.

HADIRIN: JIka begitu kita cadang terima saja logo ini, tanpa pindaan, habis cerita.

PENGERUSI: Jika semua setuju, kita terima ini logo. Terima kasih.

No comments: