Labels

Sunday, January 28, 2007

PENALTI

PENALTI bererti "hukuman atau denda yang dikenakan kerana melanggar undang-undang atau peraturan". Dalam bolasepak pula penalti bermakna "yrndangan percumas yang dibuat dalam jarak 12 ela dari gol lawan yang dipertahankan oleh hanya seorang penjaga gol"

Walau bagaimanapun dalam dunia pekerjaan, biasanya penalti bermaksud:

Tambahan beban kerja kerana anda telah menyempurnakan kerja yang diberikan dalam masa yang singkat/ditetapkan atau kerana rakan sekerja anda memang lembat membuat kerja (baca sedang berfikir).

Adalah menjadi sesuatu yang paling biasa:-
1. Ahli yang datang awal untuk bermesyuarat dikenakan penalti menunggu ahli yang datang lewat.
2. Pekerja yang cekap dikenakan penalti membuat kerja lebih banyak dan lebih berat
3. Pekerja yang rajin dikenakan penalti bertugas pada masa cuti dan biasanya tidak boleh bercuti
4. Pekerja yang pandai dikenakan penalti memberi kursus @ tunjuk ajar kepada pekerja yang dungu lagi lembab. Mereka dijadikan batu asah kepada belakang parang yang tidak pernah menjadi tajam, malahan batu asah yang jadi semakin nipis.
5. Pekerja yang rajin lagi cekap tidak boleh meninggalkan ofis hatta untuk berkursus wajib, sementara pekerja yang kurang cekap dihantar berkursus jauh-jauh di sebarang sungai atau laut.
6. Pekerja lemah dikenakan penalti berkursus yang mahal-mahal.

Adakah ianya benar di tempat anda?.

Setelah menghadiri bengkel Pemikiran Lateral minggu lepas, saya telah mengamalkan penalti hanya kepada yang bersalah dan ganjaran kepada yang baik.

No comments: