Labels

Tuesday, January 09, 2007

MENGAPA JADI BEGINI?

i. DI JEPUN

DULU (lama dulu) semasa saya belajar di negara matahari terbit, seorang kawan teringin sangat untuk membeli kereta dan membawanya balik ke Malaysia. Sebenarnya saya juga teringin, cuma tidak mempunyai kemampuan dan tidak membuat sebarang persediaan. Kemampuan kewangan tidaklah teuk sangat memandangkan elaun kursus kamipun jika dikumpul memang boleh membeli sebuah kereta terpakai yang masih elok. Cuma dari segi persediaannya, perlulah ada. Pada masa itu AP perlu dipohon terlebih awal. (Itulah pertama kali saya dengar apa itu AP pun, jadi macamana nak apply AP?).

Dipendekkan cerita, saya dan kawan saya ini dan kawan-kawan dia serta kawan-kawan saya dan kawan-kawan kami semua keraplah pergi dari satu kedai ke satu kedai meninjau harga dan model kereta. Setalah ada yang berkenan, dia ajak pensyarahnya menemaninya untuk membeli kereta tersebut. Sebuah kerata Honda (saya dah lupa Accord ataupun Civic). Amat menarik sekali proses jual belinya. Tidak ada sebarang wang pendahuluan atau bayar muka atau yang seerti dengannya berlaku. Tuan punya kedai beritahu, awak boleh bayar apabila tiba masanya untuk membawa kereta ini pulang ke Malaysia nanti. Urusan perkapalan dan kastam serta prosedur di Jepun dia akan uruskan. Wau! enam bulan lagi masa nak balik tu.... (masa tu AP boleh dikeluarkan walaupun tempoh berada di luar negara kurang dari setahun).

Sebenarnya apakah yang menyebabkan penjual membuat transaksi sedemikian?. Jawapannya hanya satu, iaitu KEPERCAYAAN.

ii. DI MALAYA

MINGGU lepas kami membuat kursus @ bengkel ICT secara PERCUMA kepada murid-murid tua (alumni) kami, termasuk yang belajar dari kolej yang disebutkan di atas.

Kelas percuma selama dua hari ini tidak memungut sebarang wang sebagai deposit atau pengeras. Ia adalah percuma, malahan makan minum juga diberikan percuma. Apa yang diperlukan hanyalah beritahu nama dan contact bahawa "saya akan datang". Selainnya adalah KEPERCAYAAN, sebab semuanya pernah belajar di negara matahari terbit. Namun sehingga matahari terbenam, tidak seorangpun yang telah berjanji untuk hadir telah muncul. Kesemuanya uzur (barangkali) tanpa sepatah pesan. Yang hadir (lebih ramai guru dari murid) ialah yang "dipaksa" untuk hadir.

iii. MENGAPA demikian?.

1 comment:

Anonymous said...

jawapannya ialah SIKAP!! bukan mudah mengubah sikap Melayu yg mudah lupa dan tidak tahu bersyukur terlebih lagi bila sudah terlalu selesa duduk dalam ZON SELESA.Tidak ada yg pelik, hairan @ajaib