Labels

Saturday, April 15, 2006

NAPOLEON KERDIL



Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegur sikap segelintir pegawai awam yang suka berdendam, menunjuk kuasa dan menyalah guna kuasa serta berlagak seperti ‘little Napoleon’, sehingga boleh menggagalkan projek kerajaan.


Perdana Menteri berkata, pegawai terbabit sengaja melengahkan keputusan sesuatu projek pembangunan, gara-gara mahu menunjuk kuasa kepada pihak lain kononnya untuk ‘memberi pengajaran’ yang mungkin timbul kerana dendam.

“Ada yang tahan fail, ada yang tahan keputusan. Kita tak nak ada ‘little Napoleon’ dalam perkhidmatan awam, yang menunjukkan kuasa, hanya sebagai satu pengajaran kepada seseorang.

“Tak perlulah tunjuk kuasa dengan melengah-lengahkan sesuatu projek.

”tu bukan caranya, itu sikap tak betul. Kadangkala apabila ada aduan daripada mana-mana pihak, pegawai awam rasa marah hingga tindakan yang diambil lambat semata-mata ‘untuk mengajar orang itu’ (pengadu).

“Jangan apabila ada orang tegur kita, kita anggap orang itu banyak cakap dan kita perlu ajar dia dengan tunjuk kuasa kita pula.

“Jangan ada orang yang tidak boleh ditegur. Saya sendiri pun perlu ditegur,” katanya berucap pada perhimpunan bulanan Kementerian Kewangan di sini semalam.

Hadir sama Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamad Yakcop dan dua timbalannya, Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Dr Ng Yen Yen.

Abdullah yang juga Menteri Kewangan mahu pegawai kerajaan membuat keputusan yang cepat dan tepat supaya segala perancangan pembangunan terutama dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) berjalan lancar tanpa sebarang halangan pentadbiran.

Beliau berkata, kumpulan yang bersikap negatif itu meskipun jumlahnya kecil akan menjadi seperti ‘nila setitik, rosak susu sebelanga’.

“Kakitangan awam harus membantu, bukan menggagalkan sesuatu projek pembangunan dan mereka hendaklah bekerja dalam satu pasukan ibarat larian 4 x 400 meter dengan tiap-tiap orang berlari pantas dalam seksyen masing-masing.

“Segala masalah, aduan dan teguran yang dibuat orang ramai berhubung pelaksanaan sesuatu projek pembangunan perlu diteliti dengan baik.

“Saya sendiri menerima banyak teguran dan pendapat orang ramai berhubung RMK-9, walaupun ada yang tidak berasas kononnya ekonomi negara tidak berkembang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sr

No comments: