Labels

Saturday, April 29, 2006

KAFIR, ISLAM, KAFIR = MURTAD ?

TERTARIK membaca sebuah berita @ rumours seorang pegawai kanan Bank Islam akan menjadi orang paling kanan dalam sebuah bank lain. Sebelum menyertai Bank Islam, beliau adalah seorang pegawai terkemuka sebuah bank bukan Islam (baca kafir).

Apakah makna semuanya ini?.

Ia memberi makna kepada saya begini:-

A - Bank Islam ka, bank tak Islam (Kafir) ka ... 2X5 jugak
B - Patutlah Bank Islam rugi
C - Orang kafir juga boleh buka bank Islam
D - Apa ada pada nama, bank tetap bank

Seseorang pekerja dalam institusi perbankan Islam sepatutnya bekerja bukan hanya untuk cari makan, ia juga adalah untuk menegakkan syiar Islam. Jika dari perbankan konvensional (dah tahulah sekarang mengapa ia tidak dinamakan perbankan kafir) ke perbankan Islam, maknanya ia adalah suatu hijrah. Bila perbankan kafir beri tawaran lumayan, hmmmm.... cabut meninggalkan Islam, apakah maknanya?. Macamana perbankan Islam boleh ada roh Islam di dalamnya?.

Jika tukang sapu, tukang kebun, jaga dan yang seumpama dengannya yang bekerja dengan masjid, bila ditawarkan bekerja dengan kuil atau gereja atau tokong dengan gaji lumayan, hmmmmm berlumba-lumbalah mereka akan ke sana sekiranya kerja tersebut semata-mata untuk dunia sahaja. Mungkinkah suatu hari (di akhir zaman nanti) orang jadi imam, jadi bilal, jadi siak hanya semata-mata untuk makan gaji sahaja?. Bila gereja beri tawaran lumayan, bolehlah pindah kepada majikan baru kot....

Adegan yang tak ingin kita lihat ialah, jadi orang Islam juga adalah merupakan satu profesyen. Bila kurang maju, lambat dapat promotion, ah tukar sahajalah kepada profesyen lain (baca ugama lain). Masyaallah.....

2 comments:

Anonymous said...

Saudara,

sebelum mengutuk bank lain, saya harap saudara ada baca majallah The Edge yang mengatakan Bank Islam KERUGIAN RM2.3 Billion dalam masa 2 tahun kebelakangan ini.

Saudara pernah pikir tak kenapa? Saudara tak rasa malu ke yang orang islam sendiri tidak tahu urus bank sendiri??

mba2u said...

sdra;

saya sebagai pengguna perlu menegur (mengutuk?) atau memaklumkan kpd pengguna lain jika saya ada pengalaman buruk dgn sesebuah bank. Tak kiralah samada bank islam atau bank kafir.

perihal bank islam rugi saya memang 'fikir'. Saya tidak fikir itu salah bank islam, tapi org yg melaksanakannya. Jika bank kafir rugi, saya fikir bukan salah bank juga, tapi orangnya, samada islam atau kafir (tak kisahlah).

Tetapi bagi saya, hukum tetap hukum. Takkan bila bank islam rugi saya kena pergi ke bank kafir pula selagi sebelum darurat.

wallahualam