Labels

Wednesday, July 20, 2005

SURAT KU UNTUK MU


gambar hiasan

SAYA telah berputus cinta talak tiga dengan sekeping kad kredit atas dasar tak suka sama tak suka kira-kira tiga tahun yang lalu. Agaknya saya ini sejenis manusia yang gila talak kad kredit kot. Pada suatu masa dulu, semua kad saya ada. Namun kad yang ini agak istimewa dan lain dari yang lain. Kad kredit ini dilengkapkan dengan kemudahan 'sentuh dan pergi' (touch n go) yang mempunyai keupayaan tambah nilai (reload) secara automatik dan caj dikenakan terus kepada kad kredit. Itulah keistimewaannya yang hingga kini tidak dimiliki oleh mana-mana kad kredit (perasan saya begitulah). Namun apabila kad ini memutuskan hubungan dengan syarikat sentuh dan pergi (reload tidak lagi secara automatik), maka saya[un mengambil keputusan untuk memutuskan juga hubungan dengan kad tersebut. Atas persetujuan bersama, kami berpisah secara baik (ewah... tangkap lentok pulak).

Namun selama tiga tahun kami berpisah, saya masih lagi menerima tuntutan bil pada setiap bulan yang berjumpah -RM59 (kad berhutang dengan saya sebanyak RM59). Kalau dalam bahasa lama, kad ini dikatakan gila talaklah. Orang dah cerai, dia masih datang mengendeng lagi. Hutang kita tak mahu dijelaskannya.

Cubalah bayangkan sudah berapa banyak perbelanjaan yang mereka keluarkan untuk menghantar surat yang sia-sia tersebut setiap bulan. Kos stem sahaja ualah RM0.30 X12 bulan X 3tahun = RM10.80. Kos envelop lagi, kos kertas lagi, kos tenaga lagi macam-macam lagi kos yang perlu ditanggung mereka.

Andai kata saya yang berhutang sebanyak RM59 tersebut, sudah tentu setelah tiga tahun hutang tersebut telah meningkat kepada sekurang-kurangnya RM239. Ia itu RM5 setiap bulan sebagai denda lewat (RM5 atau 5% mana yang tertinggi). Ini belum masuk interest lagi.

Ini saya tengah merangka-rangka surat cintalah ni untuk menerangkan duduk perkara kepada mereka, supaya mereka sedar diri sikit. Ada idea macamana nak tulis?

No comments: