Labels

Sunday, July 31, 2005

RAMAI HILANG DARA SEBELUM KAHWIN

KAJIAN menunjukkan kebanyakan rakyat negara ini (Malaysia) hilang dara atau teruna menjelang usia 22 tahun, sebelum kebanyakan mereka melangkah ke gerbang perkahwinan.

"Secara keseluruhannya, kebanyakan rakyat Malaysia mengadakan hubungan seks sebelum kahwin" kata Profesor Madya Dr. Lekhraj Rampai dari UPM, yang mengetuai satu kajian risiko perlakuan yang boleh membawa kepada jangkitan HIV.

Kajian beliau menunjukkan 75% atau 14,121 daripada 18,805 responden yang ditemui adalah aktif seks, di samping menunjukkan 8.4% pernah mengadakan hubungan seks ketika berusia 15 tahun.

sumber: Berita Minggu 31 Julai 2005, muka 2.


Oh rupa-rupanya negaraku ini telah tergolong dalam negara maju ;-)

1 comment:

OK said...

Boleh dapatkan maklumat jelas mengenai metodologi kajian?? sebanyak 18,805 responden tu bagaimanakah taburan demografiknya?? adakah kajian ini dijalankan dikalangan Melayu Islam, atau bukan muslim..

taburan umurnya bagaimana pula? dan latar belakang responden?