Labels

Sunday, July 10, 2005

BOM: POLISI PERANG LONDON BUKAN PUNCANYA

Blair menolak serangan bom di London berpunca dari campur tangan dan sokongan London terhadap usaha menyerang Iraq. Maknanya lepas ni bolehlah lagi serang negara lain pula?

LONDON 9 Julai - Perdana Menteri Britain, Tony Blair hari ini mengakui bahawa konflik berterusan di Asia Barat adalah antara punca serangan bom di kota ini kelmarin.

Menurut beliau, faktor-faktor lain ialah berkaitan dengan kemiskinan dan ketiadaan demokrasi.

``Barangkali dengan keganasan seperti ini, penyelesaiannya tidak mungkin dicapai dengan mengambil langkah keselamatan sahaja.

``Sebagai sebuah kerajaan, kita perlu melakukan segala yang termampu untuk melindungi rakyat,'' kata Blair dalam wawancara dirakamkan semalam dan disiarkan pagi ini.

Justeru, Blair menyatakan dunia perlu menangani punca sebenar keganasan kerana langkah keselamatan semata-mata tidak mungkin melindungi sesebuah negara daripada serangan.

Punca-punca sebenar yang menyebabkan keganasan mesti dihapuskan ke akar umbi, kata Blair kepada radio Perbadanan Penyiaran British (BBC), dua hari selepas sekurang-kurangnya 50 terbunuh dan lebih 700 lagi cedera dalam serangan serentak terhadap sistem pengangkutan di London.

``Bagaimanapun jika pengganas bersiap sedia untuk meletupkan orang di dalam kereta api atau bas secara rambang, kita tidak akan dapat menghalangnya sekalipun kita menjalankan pengawasan paling rapi di dunia.

``Kerana itulah akhirnya isu-isu asas (yang menyebabkan keganasan) perlu juga ditangani meskipun kita tetap mengambil langkah-langkah keselamatan yang perlu,'' ujarnya. - AFP

No comments: