Labels

Wednesday, July 06, 2005

KEMASKINI WEB GUNAKAN SMS

DALAM perjalanan ke Putrajaya pada minggu lepas, saya mendengar siaran radio mengenai InfoICT. Tajuknya ialah mengenai mengemaskini laman web menggunakan SMS.

Hasilnya ialah seperti di sebelah. Entri tersebut saya kemaskini menggunakan SMS. Dengan adanya teknologi ini, rasanya akan memudahkan segenap lapisan manusia yang mempunyai laman untuk mengemaskininya. Maklumlah orang yang mempunyai handphone adalah lebih ramai berbanding dengan yang mempunyai PC.

Anda hanya perlu hantar SMS ke 32728 (DAPAT) dan laman web anda akan dikemaskinikan. Tiada sebarang bayaran yang dikenakan, kecuali bayaran SMS sahaja.

Walau bagaimanapun sebelum anda boleh mengemaskini laman web tersebut, satu kod perlu dimasukkan dalam laman web anda dahulu (sekali sahaja). Kod ini boleh diperolehi dengan menghantar UPDATE XXX kepada 32728 dan DAPAT akan menghantar SMS memberitahu kod tersebut. nota: XXX ialah nama pilihan anda
Kod tersebut adalah begini:-

(script src="http://update.dapat.com/sms/news12345.js")(script)
di mana news12345 tu contoh jer, tak jadi kalau ambil yg tu kot.

Jadi setiap kali kita hantar SMS kepada DAPAT, UPDATE news1 bla bla bla bla , makla 'bla bla bla bla ' tu akan dikemaskini dlm web/blog anda.

Selamat mencuba.

p.s Saya ada handphone GPRS, jadi SMS tak perlu sangat bagi saya untuk kemaskini laman. Yang GPRS tu boleh update panjang-panjang dan caj GPRS lebih murah.

No comments: