Labels

Sunday, July 10, 2005

MARAHKAN SERBAN, TURBAN DIBAKAR

Kerana marahkan orang Islam yang difitnah mengebom London, umat Islam diserang dan kuil Sikh dibakar. Masyarakat Sikh memang memakai turban yang seakan-akan serban. Oleh kerana "buta hati", serban yang disyaki, turban yang dibakar. Alahai Mat Saleh

LONDON 9 Julai - Polis Britain sedang menyiasat beberapa insiden serangan terhadap penduduk Islam dan satu kes pembakaran sebuah kuil Sikh yang dipercayai berpunca daripada siri letupan bom di London kelmarin.

Para pemimpin Islam bermesyuarat malam tadi untuk membincangkan cara terbaik bagi menenteramkan umat Islam dan menangani sebarang insiden lanjut yang memperlihatkan sikap membenci Islam dan penganutnya.

Kata-kata berunsur perkauman terkandung dalam e-mel yang dihantar kepada Majlis Islam Great Britain (MCGB) untuk melumpuhkan sistem komputernya manakala propaganda perkauman telah dipaparkan pada beberapa laman Web di Internet.

Jurucakap polis West Yorkshire mengesahkan mereka menyiasat satu kebakaran di sebuah kuil Sikh di Armley, Leeds dan mengesyakinya sebagai perbuatan khianat.

Seorang jurucakap MCGB berkata, mereka bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan dan perasaan takut serta bimbang itu timbul di kalangan umat Islam terutamanya di kota ini.

Namun para pemimpin Islam juga berasa lega kerana mereka tidak menyaksikan perbuatan membalas dendam yang berleluasa seperti yang berlaku di Amerika Syarikat (AS) berikutan serangan 11 September, 2001.

Ketua Parlimen Islam, Dr. Ghayasuddin Siddiqui memuji warga London kerana menghadapi dugaan itu dengan penuh keberanian.

Beliau berkata: ``Ramai penduduk Islam bimbang dengan apa yang boleh menimpa diri mereka tetapi kami tidak melihat perbuatan seperti yang dilakukan selepas 11 September apabila orang Islam (di AS) diludah di jalan raya dan masjid-masjid dirosakkan.'' - Agensi

No comments: