Bercakap mengenai pakaian tradisional Malaysia (atau Melayu), di fikiran saya terlintas pakaian berikut:-
1. Baju Kurung
2. Baju Kebaya
3. Baju Kebarung



Baju kurung sahaja sudah terbahagi kepada beberapa jenis seperti baju kurung Kedah, baju kurung Johor, baju kurung cekak musang, baju kurung telok belanga, baju kurung moden dan banyak lagi.
Tarikh yang dicadangkan untuk demo ini ialah pada 20 Ogos di salah sebuah hotel di Kuala Lumpur. Sebagai orang amatur dan buta fesyen, saya menggaru kepala yang tidak gatal untuk menerajui acara sebegini. Apa yang perlu dilakukan agaknya?. bagaimana untuk menjimatkan kos?. Berikut adalah apa yang terlintas sepontan dalam fikiran saya, (tolong-tolong tokok tambah ekkk).
- Cari seorang penceramah mengenai pakaian tradisional (misalnya Puan Azah Aziz)
- Cari sebuah butik untuk membuat pameran/jualan produk mereka (moga-moga dapat berkongsi kos)
- Cari model-model amatur untuk memperagakan pakaian ( peluang terbuka kpd semua)
- Cari penaung/penasihat/perunding (misalnya Kementerian Kebudayaan & kesenian)
- Cari penaja (sesiapa sahaja & apa-apa bentuk tajaan sahaja)
- Cari duit (ha ha duit ada, tak payah cari)
Program ini akan diadakan secara percuma sahaja, dan sebagai balasan persatuan isteri-isteri pegawai Jepun ini akan diminta untuk memperaga @ demo pakaian tradisional Jepun @ kimono pula suatu hari nanti.
Sdr ada apa-apa idea tambahan?.
2 comments:
Apakah kebezaan *between* baju kurung Kedah, baju kurung Johor, baju kurung cekak musang, baju kurung telok belanga, dan baju kurung moden?
Sorry, my Malay-writing is abysmal.
tentulah ada..
baju kurung kedah 3/4 lengan, kain berlipat di tengah, baju kurung johor pula sisi baju agak lebar dari baju kurung biasa, kain pula agak singkat untuk menampakkan gelang kaki, kemudian baju telok belanga biasanya dipakai golongan lelaki... lehernya sepertu kurung johor..
baju kurung moden mengikut potongan badan...
Post a Comment