Labels

Sunday, January 06, 2008

YURAN SEKOLAH: MASA MAHAL MAMPU, MASA MURAH TAK MAMPU

SEPERTI biasalah, para pengguna tidak mungkin akan menang.
Menteri bidas balik. Mengapa dulu mampu bayar? (Ia itu semasa yuran masih dikenakan). Kini yuran telah tidak dikenakan lagi, apa pula merungut tidak mampu sekiranya dulu mampu?. Kamu hantar anak-anak ke sekolah kami, apa sumbangan kamu kepada pihak sekolah?

Kita dimaklumkan bahawa ada sekolah yang kenakan yuran tandas kepada anak murid. Ada sekolah yang kenakan bayaran modes (tuala wanita) kepada murid perempuan. Hebat betul sekolah kita ya...

Yuran yang dimansuhkan cuma RM4 sahaja, yang masih perlu dibayar ialah RM100+. Ah mengapa dimansuhkan yuran tersebut?. Siapa yang tahu?.

1 comment:

Zareda Norman said...

MBA
mana mak ayah tak bising, setelah dimansuhkan yuran RM4.50 tu yuran sekolah makin tinggi plak.. bukan soal mampu tak mapu tapi soalnya kenapa mesti amik kesempatan..