BARANGKALI ramai orang beranggapan bahawa doktor di hospital kerajaan adalah tidak mesra pelanggan. Biasanya orang kampung akan takut untuk ke klinik atau hospital kerajaan kerana takut dimarahi oleh kakitangan klinik atau hospital. Mereka yang sakit memerlukan rawatan dan pemeriksaan kesihatan, bukannya untuk dimarah. Namun itulah tanggapan umum masyarakat kita, apabila ke hospital kerajaan, tetntu akan kena marah. "mengapa lambat datang". "nak mam*** baru datang hospital". "mengapa tidak jaga makan" dan macam-macam lagi. Mereka (walaupun tidak mempunyai duit yang cukup) sanggup dan rela ke hospital atau klinik swasta. Mereka rela menunggu lama dan membayar wang kepada doktor swasta.
Jika perkara tersebut benar mengapa?.
Barangkali semua doktor yang mesra pelanggan sudah meletak jawatan dan membuka klinik sendiri atau bekerja di sektor swasta. Itulah sebabnya agaknya kerajaan membenarkan doktor kerajaan untuk bekerja di klinik/hospital swasta pula. Apa nama lokum ka ...
Barangkali juga bayaran gaji di hospital kerajaan tidak setimpal dengan beban kerja.
Barangkali juga pesakit di hospital kerajaan tidak perlu bayar, jadi sebagai balasannya doktor bolehlah marah-marah mereka?. Itulah sebabnya agaknya kerajaan telah membuka sayap swasta di hospital kerajaan supaya pesakit kena bayar dan mendapat layanan swasta di hospital kerajaan. Barangkali.
Jururawat juga biasanya memilih bulu. Jika bulu hitam layanan kurang. Jika buku perang, layanan istimewa. Jika bulu panjang, boleh marah. Maknanya jika pesakit orang berada atau perpangkat, layanan istimewa. Jika orang miskin dan tidak berjawatan alamak kenalah...
Ini petikan dari blog Aini, isteri seorang diplomat: Fikir-fikirlah sendiri:-
Nuraisya Nabila lahir di Selayang Hospital, kerana saya sakit awal pagi waktu orang ramai bersesak pergi kerja. Hospital swasta di Ampang ( tempat yang sepatutnya) agak jauh (kerana saya tinggal di Kepong)dan konon ke Selayang untuk mendapat pandangan, sempat atau tidak saya ke Ampang. Rupanya sakit saya hanya 1 jam,maka lahirlah bayi yang merah dan putih melepak, Nabila. Hanya bidan yang menyambut..yang garang dan marah-marah. Bidan tersebut seolah-olah tak pernah rasa sakit untuk bersalin. Itulah sakit yang amat perit ..bertambah dengan sakit hati dgn layanan bidan tersebut. Hanya 1 malam saya di Hospital tersebut.
5 comments:
Salam,
Di Hospital Tuanku Jaafar Seremban para doktor dan jururawat malah amah di wad juga baik-baik dan ramah belaka. Cuma kalau tak makan ubat di wad (saya sorok Panadol bawah bantal), baru teruk kena bebel.
Yang suka marah-marah dan menengking-nengking ialah pengawal keselamatan. Saya pernah bergaduh kerana meletakkan kereta sebentar berhampiran pintu masuk. Saya turunkan mak dan hantar dia ke klinik sepatutnya (mak saya jalan lambat, dan tidak ada kerusi berhampiran pintu untuk dia duduk menunggu saya meletakkan kereta).
Apabila saya minta dia, tulis surat aduan rasmi kepada pengarah hospital dan saya sendiri akan bawa surat itu jumpa pengarah, terus dia jadi baik.
Di HUKM, para doktor pakar dan jururawatnyer zar boleh bagi 85% markah. Baik dan bertimbangrasa tapi sometimes adaler marah marah juga terutama bila dihujung shif, yerlah dorang pun manusia, penat dan ada masalah memasing but so far memang zar tak serik ke HUKM.
cuba KKM buat responden tahap penilaian nurse kepada orang awam
di sini pihak atasan boleh buat penilaian setakat mana servis mereka
terdapat banyak cara2 responden boleh dibuat seperti
responden di facebook , googledoc, dan di klinik sendiri
kita ni orang awam nak mengadu kat siapa pun tak tau bila ada seglintir nurse yang suka sound2 pesakit
kita faham nurse banyak beban tugas..tapi orang pun kerja juga ada beban tugas masing2
kita berkhidmat utk orang awam so kena bg servis terbaik utk mereka.
Awak bertuah,saya sebaliknya...nasib kurang baik...nurse semua garang-garang. Belum Tanya sh tengking-tengking.
Betul,saya setuju dengan tuan. Bagi saya kena Ada peti cadangan dekat hospital itu sendiri atau apa-apa Google form ke untuk isi tahap penilaian mereka.
Post a Comment