Labels

Thursday, January 24, 2008

ORANG BERBAHASA KITA TERASA

KINI ramai sangat orang kita yang tidak pandai berbicara. Dulu "orang berbudi kita berbahasa", kini?.

Pagi tadi (Khamis) ada berita mengenai seseorang meninggal dunia dan akan dikembumikan di sebelah kubur ibu beliau. "Beliau yang meninggal Rabu lepas akan dikembumikan hari ini di sebelah pusara ibunya".

Apalah punya bahasa. Hari ini ialah Khamis, beliau meninggal semalam, tetapi diberitakan sebagai meninggal Rabu lepas!

Teringat saya akan kisah dulu-dulu di mana kawan saya memarahi seseorang yang tidak kami kenali kerana memanggilnya dengan sebutan "abang". "Bila pula bapak aku kahwin dengan emak engkau?". Kini berita yang sering kita dengar ialah Adik Syar**** telah seminggu hilang....

Apakah nama Adik Syar**** yang hilang tersebut?. Syar**** itu orang terkenalkah, sehingga adik beliau yang hilang dijadikan berita?. Macam berita pagi tadi bapa XXXX telah meninggal dunia kerana sakit darah rendah dan kompilasi jantung. XXXX memang orang terkenal!

OOPS! rupa-rupanya kita cuma berbahasa!.

4 comments:

norainiyusoff said...

Tuan,

Sekadar nak tanya..dah selesai ke masalah pengangkutan anak-anak ke/dari sekolah???..baru-baru ni ketika balik dari KLIA pemandu limo yg extra friendly bertanya samaada saya perlukan perkhidmatan teksi lalu menghulurkan kad yg antara servicesnya ialah hourly booking,daily use,weekly use,sight seeing, out station travel, airport transfer in/out nama mohd shahbudin no 012-3855457...why not try???

mba said...

Puan norainiyusoff;

Berbanyak-banyak terima kasih atas tawaran yang diberikan.

MAsalah pengangkutan anak-anak dari/ke sekolah telah diselesaikan dengan cara terbaik yg termampu oleh kami, iaiatu pagi-pagi kami hantar mereka ke sekolah sebelum ke tempat kerja dan yang besar diberikan RM8 sebagai tambang teksi dan yang kecil dibayar RM100 sebulan kpd sebuah keluarga berhampiran sekolah untuk ambil dan transit ke rumahnya sebelum dihantar ke sekolah ugama dan kembali semula ke rumahnya. Kami ambil di sebelah petang selepas pulang dari kerja.

Masalahnya ialah apabila kedua-dua kami outstation .... jadi nombor telefon yg dihulurkan tersebut amat membantu.

terima kasih sekali lagi.

zino said...

dewan bahasa juga telah di tuduh bermacam2 berkaitan bahasa ni.. nak sebut pun segan.. hehe

damia said...

tumpang lalu sat...dan yang terbaru mengenai 'baru' dan 'baharu'