Labels

Tuesday, January 22, 2008

OKU



APAKAH yang dimaksudkan dengan Orang Kurang Upaya (OKU)?

Semalam saya memerhatikan seorang pemandu yang segar-bugar dan sihat-walalafiat dengan senonong-nonong sahaja meletakkan kenderaannya di petak letak kereta OKU. Oleh kerana saya lihat dia tidak cacat anggota, barangkali dia adalah seorang yang cacat akal. Kalaulah cacat akal boleh ditakrifkan sebagai OKU, maka pemandu tersebut memang berhak untuk meletak keretanya di situ.

Mengikut Akta OKU, "Kurang upaya" bererti penghalangan atau kekurangan upaya , disebabkan kecacatan , untuk melakukan sesuatu aktiviti dengan cara yang dianggap normal bagi orang biasa.

"Kecacatan" bererti sebarang kehilangan atau abnormaliti yang bersifat psikologi, fisiologi atau bentuk atau fungsi badan.

"Kecacatan" (handicap) bererti kesulitan bagi seorang individu, disebabkan kerosakantau kecacaatan, yang menyekat atau menghalang menjalankan peranan yang dianggap normal, bergantung kepada umur, jantina, dan faktor sosial dan kebudayaan bagi individu tersebut.


Berdasarkan kepada akta tersebut, orang cacat akal @ ada masalah psikologi bolehlah ditakrifkan sebagai OKU dan ada hak meletak kenderaan di situ. Barangkali selepas ini 99% daripada lot meletak kenderaan hendaklah ditanda sebagai OKU. Sebabnya memang ramai OKU di negara kita.

4 comments:

Leyla Shuri said...

salam tuan rumah,
wah, rakyat Msia, 99% rakyat OKU!

Di Okinawa, lot OKU ada dua sahaja-di mana-mana pun, ia paling dekat dengan pintu.
Tak berani rakyat Okinawa parking...

Anonymous said...

Saya original OKU pun kadang kala segan nak parking lot OKU kerana rasa tak layak !

Anonymous said...

Jahrera,

Di Troy pun sama. Kemudahan untuk OKU ada di mana2. Tiada yang mengambil kesempatan...

Yang bernama Siti said...

Saya suka apabila bawa mak saya jalan-jalan kerana boleh letak kereta di tempat OKU. Mak saya gunakan tongkat berkaki empat. Jadi saya boleh meletakkan kereta di situ.