Labels

Thursday, June 01, 2006

MINORITI

- Bos, oh arie nie 1 hb. ekk, sebab tu pakai baju batik?. Tapi orang lain tak pakai pun.

+ Mereka lupa tu.. Lagipun mereka tak ada PA, atau PA kat rumah juga lupa nak ingatkan.

- Tapi big bos juga tak pakai batik ari ni.

+ OK ini 10 sebab ngapa dia tak pakai:-

1. Dia lupa ari ni 1 hb
2. Dia tak patriotik
3. Ong gaji dia cuti, tak gosok baju batik
4. Baju batik dia dah abis stok, asyik2 yg tu juga
5. Dia dah insaf, ong lelaki tak boleh pakai silk
6. Dia memang tak nak pakai
7. Dia ingat hari ni 32 hb.
8. PA dia lupa nak ingatkan
9. Dia tak tulis reminder dlm PDA dia
10.Saja dia nak test anak buah dia utk 15 hb depan.

Ah... kita ikut peraturan, majoriti tak ikut, lama-lama yang minoriti rasa bersalah pulak. Pepagi lagi mesti jeling drebar kereta lain, samada ada tak yg berbatik... Dulu-dulu senang, Sabtu=batik, sekarang kena ingat 1hb dan 15hb. Itu yang susah sikit... nak ingatkan h lebih senang dari nak ingatkan hb.

5 comments:

Anonymous said...

MBA mesti hemsem pakai baju batik kan?
Batik yang berbunga-bunga lagi cantik, kan...

Anonymous said...

Ini KKM lah. Bukan hanya batik, banyak lagi yang lebih penting tidak ada peraturan dan tidak ikut peraturan.

Misalnya : 1. Format standard memo dalaman
2. Surat standard untuk kementerian lain
3. Lain-lain
4. Semuanya ikut suka. Sapa yang nak buat, buatlah.

JIE said...

Bang, nak tanya pandangan sket,

Aku suka pakai batik sebab banyak design cantik. Kalau seminggu dua kali aku pakai batik, tapi cuma bukan pada 1hb dan 15hb... adakah aku dianggap tidak ikut peraturan (mungkin!) dan tidak patriotik (ye ke?)? :-)

Bunga Rampai said...

Salam.
Yang minoriti selalu terpinggir. Kadang pihak majoriti menyebabkan yang terpinggir lebih berasa terpinggir.

mba2u said...

jie;

boleh pakai baju bebila masa jer. Saya pernah tengok org Jepun pakai batik ke ofis tiap2 hari semasa summer.

Bunga rampai:

begitulah resam dunia...