Labels

Tuesday, June 13, 2006

KITA SEMUA NI ASSABIYAH



Karen: 'Walaupun Karen dah terkeluar dari AF4, saya harap kawan-kawan semua teruskanlah perjuangan. Kepada Faizal, teruskanlah perjuangan ini. Kita sama-sama dari pantai timur, walaupun Karen dah terkeluar, Faizal masih ada. Semoga Faizal meneruskan perjuangan kita dari pantai timur' (lebih kurang gitulah)

roomate: 'wah bagusnya orang Kelantan ni... Walaupun dia ni Cina, semangat kenegerian dia kuat sekali. Dah tak ada orang Kelantan, orang Terengganupun jadi geng kamcing dia. Assobiah sungguh....'

saya: Dah kalau tak ada orang Terengganu, dia cari orang Pahang pulak. Tapi kan... orang Kelantan dan Terengganu ni, kurang sikit dengan orang Pahang. Sebabnya orang Pahang kerja hari Jumaat. ha ha ha ha.

Memang kita ni assobiayah kan?.

Jika kita pergi luar negara, orang Malaysia (tanpa mengira bangsa) akan jadi sahabat karib kita. Bila kita ke luar negeri pulak, orang dari negeri kita pula akan jadi geng kita dan seterusnya dan seterusnya. Sebab itulah dalam piala dunia ni ramai orang Malaysia yang sokong Jepun dan Korea, sebabnya Malaysia dah memang tak boleh nak disokong... hidup Asia!.

6 comments:

Akuro ® said...

Yela, kalaulah ditakdirkan takde pasukan Asia, ntah2 kita sokong pasukan dari Africa pulak. Asalkan bukan pasukan dari Eropah atau Amerika :P

Akuro ® said...

Yela, kalaulah ditakdirkan takde pasukan Asia, ntah2 kita sokong pasukan dari Africa pulak. Asalkan bukan pasukan dari Eropah atau Amerika :P

Unknown said...

walaupun saya orang Asia, tapi saya sokong Brazil :) sebab Brazil ada Ronaldinho yang cute :) Bolehlahkan???

Anonymous said...

bincang pasal AF4..dimaklumkan program realiti Akademi Quran (AQ)di TV9 bagus juga, setiap khamis jam 9.30 malam.

Bebudak tu handsome, yang perempuan ayu dan manis. Pandai ngaji..

Akuro ® said...

Ha ah, ada 1 org budak perempuan tu br ju kawen trs join akademi... Takpela, dgn restu suami.

Anonymous said...

anony
8.30mlm sebenarnya yer
nampak sangat hang tak tgk!
hahaha

saya sokong Togo
saja pilih underdog