Labels

Monday, June 12, 2006

DUDUK SEMEJA? PAS DAN UMNO BIADAP !

TERTARIK baca berita semalam: "Pemuda Pas dan UMNO duduk semeja?". Biadap sungguh mereka ini. Sudah tak ada adab agaknya ya?.

Meja bukan tempat duduk. Tempat duduk adalah atas kerusi. Tapi kan, jika duduk sekerusi tentulah di luar tabi'i pula jadinya kan? Jadi ... duduk kerusi masing-masing, berkongsi satu meja. Itu barulah betul.

Tapi yang sebenarnya ialah "duduk sebangku". Itulah yang paling tepat.
"bangku ialah papan panjang yang berkaki empat (tempat duduk) - Kamus Dewan".

Oleh kerana kita semua dah canggih, maka bangku dah ditukar kepada meja dan kita duduk semeja, walaupun duduknya atas kerusi.

.... ada-ada aja:_


bangku



Pemuda Pas dan UMNO duduk semeja?

Dalam muktamar tahun lalu, Pemuda Pas menawarkan kerjasama dengan Pemuda UMNO. Bagaimana perkembangannya?

SALAHUDDIN: Kita melihat terlalu banyak remaja Melayu terlibat dalam masalah sosial. Statistik menunjukkan semuanya dijuarai oleh orang Melayu. Kes buang anak, ponteng sekolah, penagihan dadah dan lumba haram, semuanya dijuarai oleh remaja Melayu. Kini timbul pula masalah kedaulatan agama Islam. Ada orang luar yang cuba mencabar kedaulatan Islam.

Saya telah pelawa Pemuda UMNO duduk semeja tetapi sehingga kini jawapan masih kita nantikan. Kita tidak pernah putus asa. Kami tidak ada kepentingan politik. Anak orang Pas boleh terlibat dalam gejala sosial. Anak orang UMNO pun sama. Pada saya, semua isu ini boleh dibincangkan secara serius bersama.

Apakah aspek-aspek lain yang Pemuda Pas boleh bergerak seiring dengan Pemuda UMNO?

SALAHUDDIN: Banyak isu. Kita perlu melihat orang lain berjuang untuk kepentingan bersama mereka. Dalam isu pendidikan misalnya. Sama ada MCA, DAP atau Gerakan, apabila mereka berhadapan dengan isu ini, mereka mengetepikan sentimen politik. Ini kejayaan Dong Jiao Zhong. Dalam satu majlis Dong Jiao Zhong yang saya hadiri, saya melihat pemimpin MCA, DAP dan Gerakan turut hadir.

Mereka berjuang untuk kepentingan pendidikan anak- anak mereka. Kalau itu boleh dijadikan satu contoh, mengapa banyak isu yang mempunyai kepentingan negara, Pemuda Pas dan Pemuda UMNO tidak boleh duduk semeja?

Saya membuka pintu itu kepada Ketua Pemuda UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Biar kita melakarkan sejarah. Mengapa kita perlu takut? Biar generasi akan datang melihat bahawa dalam isu-isu tertentu, kita boleh duduk bersama.

Isu pendidikan bukan masalah parti. Kalau Hishammuddin boleh duduk semeja dengan saya, beliau tidak akan hilang jawatan Menteri Pelajarannya.

Ini sebenarnya rakyat mahu melihat. Mungkin sebahagian mereka sudah bosan dengan pertelingkahan politik antara kedua-dua parti ini. Mereka mahu melihat satu dimensi baru supaya kita boleh bekerjasama dalam banyak hal.

Pada pandangan saudara, apakah halangan yang menyebabkan Pemuda UMNO begitu sukar untuk menjalinkan kerjasama dengan Pemuda Pas?

SALAHUDDIN: Itu saya tidak tahu. Mungkin mereka terpaksa mendapat persetujuan daripada rakan-rakan mereka dalam Barisan Nasional (BN).

Mungkinkah pendirian Pas yang menentang penggunaan bahasa Inggeris di sekolah menjadi penghalang Pemuda UMNO untuk bekerjasama dengan Pemuda Pas dalam aspek pendidikan?

SALAHUDDIN: Saya rasa tidak kerana kalau kita benar-benar jujur dan ikhlas, saya yakin ramai kalangan ahli UMNO tidak bersetuju dengan pelaksanaan bahasa Inggeris di sekolah. Malangnya, mereka tidak boleh berbuat apa-apa kerana mereka UMNO. Jika saya dan Hishammuddin berpeluang untuk pergi ke sekolah-sekolah pedalaman, kita dapat menyaksikan bagaimana dahsyatnya anak-anak yang gagal menguasai bahasa Inggeris.

Itulah sebabnya, saya mengesyorkan Pemuda UMNO lupakan sentimen politik tetapi melihat kepada isu yang sebenarnya berlaku di depan mata kita.

2 comments:

Akuro ® said...

Sama tak ya keadaannya dgn pepatah "tidur sebantal"? Tempat tidur kan tilam. Sepatutnya "tidur setilam" lah.

*hmmm*

Tak relevan nih rasanya nih!

mba2u said...

akuro:
tidur setilam biasa, tidur sebantal sbb tak cukup bantal (miskin), tidur berbantalkan lengan mmg fakir (tak der bantal langsung)