Labels

Wednesday, October 27, 2010

BERGENANG AIR MATA


SAYA ceritakan kepada staf saya, air mata saya bergenang. Belum lagi berlinang. jauh lagi sebelum menitis. Sebelum cuti raya, saya memanggil staf bawahan datang ke pejabat saya. Ajak duduk di kerusi rehat.Bertanya khabar sebelum beri sedikit sumbangan hari raya.

Seorang sataf berkata. "terima kasih banyak-banyak tuan. Inilah kali pertama saya berpeluang duduk di kerusi ini". Saya bertanya beliau "awak tidak pernah masuk bilik inikah dulu". Dia kata "Saya hanya masuk untuk hantar surat kepada bos dulu. Tidak pernah cakap. Tidak pernah sureuh duduk". Itulah yang membuatkan air mata saya bergenang.

Minggu lepas ofis kami menerima permohonan untuk mengadakan majlis meraikan bakal pesara di hotel. Alasannya ialah ada pekerja kami, sehingga sudah hampir sangat dengan usia pencen, tidak pernah sekalipun masuk ke hotel. Masyaallah, ini boleh buatkan air mata saya berlinang.

Satu cerita lagi ialah apabila seorang pekerja diberitakan menempah pakaian baru kerana beliau telah dipanggil berkursus, iaiatu kursus sebelum pencen. Kursus itu adalah kursus yang pertama dalam perkhidmatan beliau. Beliau tidak berpeluang hadir kursus walau seharipun sebelum ini. Beliau sangat-sangat bersyukur kerana majikan masih ingatkan beliau dan panggil kursus sebelum pencen. Masyaallah. Boleh menitis air mata dibuatnya.

nota: MBA tidak pernah sekalipun berpeluang menaiki kapalterbang sepanjang perkhidmatan di sebuah jabatan. Hmmmm.... akan dirakamkan sebaik mungkin dalam ALING.

2 comments:

Unknown said...

Sungguh terharu... berkhidmat dalam sesebuah jabatan kerajaanlah antara peluang untuk merasa apa yang tak pernah dirasai seumur hidup. Tak pernah dapat hadiah mungkin, atau tak pernah naik pentas, tak pernah makan malam siap dilayan..

Unknown said...

Ops nak tambah..
Kita sebagai antara pencetus idea dan penggerak acaralah yg boleh berusaha menjadikan yang tidak pernah itu menjadi pernah. Kan Uncle kan