Labels

Sunday, January 03, 2010

4 ANAK SERENTAK DI IPT


HARI ini, anak kedua saya akan mendaftar di sebuah IPTS. Dengan ini empat anak saya sedang menuntut di IPT. Sabtu lepas, 2 Jan 2010 anak pertama saya yang mendaftar di sebuah IPTA. Yang pertama belajar adalah anak keempat dan diikuti dengan anak ketiga. Susunannya ialah 4-3-1-2. Pelik kan? Tidak juga.

Anak pertama sudah bekerja setelah tamat belajar di sebuah IPTA. Hampir dua tahun bekerja, dia mendapat tawaran untuk bekerja di negara telok. Setelah meletak jawatan, dia mendapat surat pemberitahuan gaji yang ditawarkan adalah lebih kecil berbanding tawaran asal dalam kontrak. Beliau memutuskan untuk tidak menerima tawaran tersebut, sebaliknya menyambung pelajaran. Kebetulan tawaran belajar juga muncul pada masa yang sama.

Anak kedua juga begitu. Sudah bekerja, namun ingin belajar semula kerana sebab-sebab tertentu. Agak susah untuk mendapatkan tempat belajar untuknya. Dia sangat rigid dan tidak mahu sebarang kursus kecuali senibina. Kursus ini pula tidak banyak yang ditawarkan. Namun akhirnya dia berjaya juga mendapat tempat.

Yang ketiga dan keempat adalah pertama kali belajar setelah tamat SPM. Tahun hadapan, barangkali seorang lagi akan ke IPT kerana anak kelima akan mengambil SPM tahun ini.

Tidak ramai kan yang empat anaknya belajar serentak di IPT?. Ya,lah ada anak empatpun sudah tidak ramai bagi masyarakat kita sekarang. Hmmmm...

2 comments:

Cat Cat said...

MBA-san,
Wah, anak2 semua-nya dah besar ya... Bila mau retired & bermastautin ke oversea???

MBA said...

Cath;

I love to have that all...
Memaqng nak bersara sangat, tapi belum cukup RM untuk tanggung ENAM (bukan EMPAT) anak tu....

retired, cycling and duduk oversea. WOW!!!