Labels

Saturday, January 30, 2010

SINGAPURA PATUT DICEMBURUI

KIRA-kira empat puluh tahun yang lalu, di zaman budak-budak lagi, Paksu saya ada memberitahu "Singapura itu adalah negara Yahudi yang ketiga". Saya ambil tidak kisah sahaja, antara faham dengan tidak. Dalam hati, saya cuba mentafsir pemikiran politik Paksu saya ini. Dari muda hingga kini, kerjanya adalah gatih teksi (pengayuh beca). Beliau tidak boleh hidup di kampung seperti mana adik beradiknya yang lain. Jika di kampung, akan kebulurlah dia kerana tidak tahu mencari rezeki cara orang kampung. Lama-kelamaan, saya tahulah bahawa negara Yahudi pertama dan kedua ialah Israel dan USA.

Kembali kepada Singapura, di zaman kanak-kanak saya hanya mendengar orang muda banyak yang bekerja di sana. Sepupu saya, sesekali balik kampung akan menceritakan akan kehebatan Singapura. gaji mahal, serba serbi mahal. Paling dia tidak suka ialah masuk jambanpun kena bayar. Waktu itu, ia adalah terlalu asing dan tidak masuk akal bagi kita di Malaya. Bagi saya, Singapura bukanlah negara pertama yang saya lawati. Saya ke Singapura pertama kalinya selepas lebih sepuluh tahun saya bekerja. Itulah kali pertamanya. Pengalaman kali pertama itu, dipenuhi dengan hutan-hutan batu.

Terkini saya ke Singapura pada minggu lepas, kerana menghadiri perkahwinan anak kawan saya di sana. Terlalu jauh bezanya dengan Malaya rupa-rupanya. Kawasan perumahan flatnya sungguh sunyi dan damai. Jika di negara kita, saya boleh bayangkan dengan deruman enjin motor mat-rempit, muda-mudi duduk bersekongkol, buat bising, hisap perkara yang terlarang, minum air kencing syaitan dan macam-macam. Di sana nampaknya sungguh aman.

Turun daripada kapalterbang, saya menaiki MRT. dari stesen MRT, saya menaiki bas (saya tidak tahu naik bas di malaysia). Kekerapan bas dari stesen MRT ke semua destinasi cuma beberapa minit sahaja. Sungguh cekap. Mengapa kita tidak boleh berbuat begitu?. Di lapangan terbang saya lihat pekerja restoran, pekerja pencuci, tukang sapu dan yang seerti dengannya semuanya adalah orang tua. Orang yang sudah pencen. Sama seperti di negeri Jepun. Tekun nampaknya mereka bekerja. Di negara kita, semuanya Bangla atau Indon. Jika adapun warga sendiri, yang masih muda belia yang banyak ingin bergalak dari bekerja.

Ada beberapa perkara yang ingin kita tiru Singapura, umpamanya e-KL. Namun bagi saya ia bagaikan melepaskan batok di tangga sahaja. Ah .... Singapura memang wajar dicemburui.

2 comments:

sabre23t said...

Kekerapan bas dari stesen MRT ke semua destinasi cuma beberapa minit sahaja. Sungguh cekap. Mengapa kita tidak boleh berbuat begitu?.
Dua sebab utama ...
(1) Singapore ada ERP, di mana harganya dipinda oleh LTA supaya tahap banyak kenderaan terkawal dan trafik bergerak lingkungan 50kph.
(2) Singapore ada lorong bas, yang di kawal ketat oleh penguasa trafik dari LTA dan juga camera di dalam bas.
Moga2 SPAD (Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat) kita yang sedang ditubuhkan dapat mengikut jejak LTA Singapore.

Cat Cat said...

I like Singapore alot. It's probably one of the country that I would like to stay if given a chance. But I'm still proud to be a Malaysian. Always and continue to be.