Labels

Monday, December 08, 2008

SELAMAT HARI RAYA KURBAN


INSYAALLAH ini adalah kali ke-3 sembahyang raya di surau ini. Kami pindah ke sini pada Aidiladha yang lepas. Kira dah genap setahunlah dengan kedatangan Aidiladha yang ini. Sudah tiga raya jugalah tidak pulang ke kampung.

Raya 1 (Aidiladha) biasalah tidak ada cuti dan budak-budak juga tidak cuti dari sekolah. Solat raya buat pertama kali di surau Al-Hidayah ini. Biasa sahaja. Lepas solat, majlis korban. Lepas Zohor makan daging korban.

Raya 2 (Aidilfitri). Saya telah dilantik sebagai AJK surau. Wakil taman baru. Pegang fotfolio ICT. Saya mula buat portal untuk surau. Solat raya kali ini saya bertugas penuh menjaga video, kamera dan CCTV. Ia buat live-telecast ke tingkat bawah untuk jemaah wanita. OH ya.... pada malam raya, ada takbir dari rumah ke rumah. Rumah kami hinggakan tidak muat dek ramainya yang datang bertakbir. Inilah takbir yang pertama bagi rumah kami. Rumah yang dulu-dulu tidak pernah dibuat.
Raya ini gililiran Perak. OLeh kerana mertua datang beraya di sini, maka kami tidaklah jadi balik.

Raya 3 (Aidiladha). Beberapa hari sebelum raya, memang sibuk sekali. Surau mahu beli sistem projektor untuk kegunaan solat. Projektor yang dahulu saya pinjamkan. Saya perlulah cari sebutharga, uruskan pembelian, pemasangan dan ujian. Pada hari pemasangan, hingga jam 3 pagi di surau. Keesokan harinya pula dari 11am hingga ke Asar. Lepas itu, ujian penerimaan pula oleh imam, bilala dan seluruh AJK (yg tidak pulang ke kampung). Setakat ini sukseslah.

Raya kali ini sepatutnya ke Terengganu. Namun, anak bongsu berkhatan dan masih belum sembuh betul lagi. hari ini baru boleh pakai seluar. Cuti telah banyak diambil untuk menjaganya. Oleh itu kami terpaksalah beraya di sini sahaja. Sudah tentu tugasan biasa diserahkan kpd saya lagi....

Selamat hari raya aidiladha.

3 comments:

Anonymous said...

selamat hari raya aidilfitri mba.

Anonymous said...

maaf,selamat hari raya aidiladha...
:D

Anonymous said...

Hello Webmaster,

I have a blog on a topic related to yours and i would like to request you for link exchange. Plac emy link on your blog with following details

Title: MBA Colleges in india

URL : http://mbacollegesinindia.blogspot.com/