Labels

Tuesday, December 16, 2008

PCFAIR 2008: DIALOG BELAKANG TABIR.


MEMANG ramai pengguna komputer tertunggu-tunggukan PCFAIR. Ia adalah pesta jualan komputer dan perantinya di bawah satu bumbung. Dulu PCFair hanya diadakan di Lembah Kelang, kini sudah merebak ke seluruh negara.

Adakah jualan di PCFAIR murah?.
Saya ke sana untuk membeli internal HDD untuk notebook saya.

Saya: Ada internal HDD untuk notebook?

pcfair: Ada, tapi awak beli external HDD sahajalah. Murah.

saya: saya mahu internal HDD

pcfair: sama saja maa... external lagi murah

saya: saya sudah ada external, sekarang mahu internal

pcfair: apa pasal mahu internal?

saya: HDD saya sudanh kong, tak boleh boot

pcfair: OK ini dia internal HDD. Ia mahal sikit.

saya: boleh tolong pasang pada notebook saya?

pcfair: maaf. Sini tak ada servis itu. Semua gerai sama. Bayar dan ambil saja. Servis tidak ada. Lagipun, wa cakap sama lu, harga sini mahal. Pergi Low Yatt lagi murah. Boleh test, boleh tawar, macam-macam.

saya: Apa pasal sini mahal?

pcfair: 3 hari sewa booth sini, lebih mahal dari satu bulan sewa kedai di Low Yatt. Macamana mau jual murah?

saya: Tapi apa apasal awak masuk juga pcfair?

pcfair: sales banyak maaa.... orang ingat murah. Beli saja. Volume banyak. lagipun, kita dalam persatuan, kena tolong persatuan juga maa

Akhirnya saya ke Low Yatt dan ternyata ia adalah lebih murah.

3 comments:

Ab Razak Hj Ahmad said...

Teringin juga nak tengok orang Melayu ada kedai kat Low Yatt. Semua Cina. Pekerja pulak ingatkan Melayu tapi Indonesia.

Taufik said...

Kali terakhir saya pergi PC Fair adalah pada tahun 1999. Pastu dah malas nak gi....pasal kena tipu.

MFitri said...

hehe.. setuju.. saya adalah salah satu daripada pekerja bumiputera yang berjaya memasuki dan mejual ketika pc fair.

Mmg sewa kat sana mahal dan sangat tak berbaloi and macam2 lagi kos kena kuar utk staff dan lain2 kos utk lancarkan perjalanan event.

So realiti = mmg terpaksa jual mahal kat pc fair :D