Friday, December 05, 2008
PEMERIKSAAN BASIKAL DI PUSPAKOM
ADA permintaan supaya basikal-basikal mendaki Genting Highland. Ya... Genting Highland. Namun ramai sangat yang tidak bersetuju. Alasan terbanyak yang diberikan ialah:-
1. Basikal tidak fit
2. Basikal tidak lulus pemeriksaan PUSPAKOM
3. Pengayuh tidak biasa ke Genting. Jika ke Seremban atau Melaka OK saja.
Apabila diberitahu bahawa basikal tidak pernah dihantar ke Puspakom, dia mula marah. Mengapa tidak hantar?. Mengapa buat kerja mudah?. Ambil tindakan tatatertib!. Alamak, cakap salah, tak cakappun salah.
Untuk pengetahuan tuan yang berhormat, hanya basikal komersial sahaja yang diwajibkan diperiksa oleh Puspakom setiaon 6 bulan. Basikal persendirian dan milik Jabatan tidak disyaratkan begitu oleh peraturan dan undang-undang. Kes macam ini, perlu ambil tindakan undang-undang juga ke kepada penggubal undang-undang mengapa tidak gubal undang?.
Sudah berapa kali tuan hantar kereta tuan untuk diperiksa oleh Puspakom? He he he tidak pernah kan?. Mengapa tidak pernah?. Mau dikenakan tindakan ke?. Untuk makluman tuan, saya sudah dua kali hantar kereta buruk saya ke Puspakom, dan lulus pemeriksaan tau!.
Lain kali lebih baik aku diam saja, biarkan labu terjun dengan labu-labunya.
p.s Puspakom bermaksud Pusat Pemeriksaan Kenderaan berkomputer dan BASIKAL tidak termasuk dalam kategori kenderaan.
Harap faham.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment