Labels

Wednesday, December 03, 2008

PUTRAJAYA WEDNESDAY NIGHT RIDE (KAYUHAN MALAM KHAMIS)


PETANG semalam kami berempat lakukan kayuhan PER lagi. Kali ini di laluan yang berlainan pula. Bermula di persekitaran Masjid Putra, kami mendaki bukit di belakang Kementerian Kewangan (AG) menuju ke puncak Wisma Putra. Alamak..... bagaikan nak putus nafas dibuatnya. Semasa menurun bukit, punyalah laju dan saya nyaris-nyaris terjun tasik. Memang "kenaling" sungguh orang kata, hinggakan kaki bergerak sendiri.

Semalam menggunakan pelana standard proton dan seluat trak tanpa pad. Memang sakit yang amat bon***. Hari ini menggunakan pelana besar dan *terbukti* tidak sakit. Jadi ..... jika tidak pakai pad, eloklah beli pelana yang canggih @ mahal yang mempunyai gel. Di RodaLink, ada pelana yang berharga RM800. Walau bagaimanapun yang berharga RM200 rasanya sudah memadai.

OK ..... Mulai hari ini (Rabu), PER (Putrajaya Easy Riders) akan mengadakan kayuhan malam khamis (Wednesday NIght Ride). Ia akan bermula jam 9pm di Teman Warisan Pertanian. Sesiapa yang berminat, boleh jumpa di sana. Program dijangka berakhir paling lewat 10.30pm.

2 comments:

aofuad said...

MBA,
That route is called Taman Wawasan, on Bukit Wisma Putra, behind MoF.
That route can easily last 2 hours, i.e. kayuh dan tolak included.
Good to maximise the heart rate.
Azudin

mba said...

I see ...