Labels

Monday, November 17, 2008

NORMAN HAKIM + MEMEY - ABBY ABADI = ?



SAYA tidak berhasrat langsung untuk menulis mengenai perkara ini pada asalnya. Tidak mahu ambil pot langsung kata orang sekarang. Namun isu ini telah menjadi-jadi.

1. Norman Hakim dan Memey ditangkap khalwat
2. Abby Abadi menyerang Norman di lokasi penggambaran
3. PDRM berpendapat Norman telah mencemarkan nama baik Polis
dan macam-macam lagi.

Masyarakat kita dihidangkan oleh wartawan kita dan oleh media kita mengenai rumahtangga orang. Itulah yang masyarakat kita suka. Itulah yang wartawan kita cari. Itulah yang boleh melariskan media kita. Salah siapa?.

Hari ini wartawan sama wartawan mempertahankan pekerjaan mereka melondeh dan membogelkan mereka untuk dipertontonkan ke khalayak ramai atas nama berita. Perkara sudah berlaku, mereka laporkan sahaja. Itu alasan mereka.

Namun, kembalilah kepada Islam. Ia melarang sama sekali mendedahkan aib orang lain. Apa yang sudah berlaku itu sudahlah. Wartawan tidak perlu bersusah payah untuk mendedah, melondeh dan membogelkan lagi keaiban ini.

Barangkali sudah tiba masanya bagi akhbar, radio dan TV di negara kita yang tercinta ini mendapat pengesahan "halal" ataupun "syariah compliance" sebelum tayangan. Berita-berita begini perlu masuk "cencor board" terlebih dahulu. Pihak berwajib perlu melulus atau mengharamkan apa yang patut, demi untuk pembangunan negara. Biar ia memberi faedah kepada semua generasi.

MBA - Semoga selepas ini akan keluar fatwa ataupun pendapat yang muktabar.

1 comment:

ainon mohd said...

Tuan MBA-San,

Saya setuju dengan pendapat Tuan itu, yakni wartawan kita tidak sepatutnya melakukan kerja-kerja melondehkan keaiban orang.

Menurut Dr. Asri, jenis-jenis dosa peribadi yang dibuat secara sembunyi-sembunyi, dan di mana si pelaku berusaha bersungguh-sungguh menyembunyikan perbuatannya, tidak boleh sengaja diintai-intai, apatah lagi didedahkan. (Ada hadith sohihnya.)

Beliau mengkritik perbuatan pegawai-pegawai khalwat yang mengintai-intai orang melakukan dosa peribadi, tetapi mereka tutup mata dengan segala macam maksiat yang dilakukan secara terbuka dan dipamer-pamerkan pula.