Labels

Saturday, November 22, 2008

KHASIAT MENGKUDU ?



BENARKAH mengkudu mempunyai khasiat kesihatan?.
Mengikut bahan bacaan, pelbagai khasiat disediakan oleh mengkudu.
Di antara lain, apa yang menarik minat saya ialah mengkudu sebagai ubat penahan sakit. Ia setaraf dengan penadol dan ponstan, malahan lebih baik lagi. Benarkah begitu?.

Biasanya apabila sakit kepala, saya akan telan panadol ataupun lebih power lagi ponstan. Walau bagaimanapun seorang rakan FB memberi nasihat supaya menjauhkan ponstat dan sebaliknya menggunakan mengkudu. Samada akar atau buah mengkudu sebagai ubat penahan sakit. Hmmmm mana nak dicari benda itu. Kopi radix juga OK katanya.

Dua tiga hari yang lepas, saya sakit kepala lagi dan saya cuba sepaket kopi radix dan alhamdulillah sakit kepala 'hilang'. Adakah memang khasiat mengkudu ataupun secara kebetulan sahaja?.

Perlu dicuba lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Tapi bukan ker kopi penyerap mineral dan vitamin? Rasanya sesiapa claim kopi ada extract ginseng dan apa jua vitamin mcm kira salah lah sebab sifat kopi tu sendiri telah memusnahkan sebelum kita telan dia.