Labels

Thursday, November 20, 2008

MOOD


SEBENARNYA saya tidak ada mood untuk menulis dalam sehari ini. Banyak sebabnya. Tarikh mati (deadline) untuk buku saya yang seterusnya ialah 11 Nov. 2008. Ia telah berlalu, namun editor telah lanjutkan hingga ke hujung bulan ini. Masih ada beberapa hari lagi. Sekiranya mood ada, ia memang boleh disiapkan.

Masalahnya ialah mood.... Setiap kali saya masuk ke bilik bacaan untuk menulis, taip sahaja setengah ayat, mood hilang. Mengantuk datang. kaki-tangan kejang. Apa nak buat?. Bukupun melayang entah ke mana.

Hmmmm.... sepuluh hari yang akhir ini moga-moga mood datang dan buku tersebut boleh disiapkan.

Bagaimana dengan anda?. Adakah anda sentiasa mempunyai mood yang baik?.

Dalam dunia ini saya kenal hanya seorang sahaja yang sentiasa mempunyai mood. Beliau adalah rakan sekolah saya semasa di Alam Shah pada tahun 1970an dahulu. Nama beliau ialah Che Mood. Beliau kata memang dia sentiasa ada mood.

entah ke mana Che Mood sekarang....

1 comment:

Anonymous said...

Tuan;

Mood ini ada kaitan juga dengan gangguan syaitan yang menghasut supaya bermalas-malasan.

Baca Bismillah 3 x, ayat kursi 1 x dan solawat, Insya Allah kerja akan diberkati- hasil memuaskan.

Cuba-lah