Labels

Tuesday, September 19, 2006

TREO650 -- DOPOD900 --iPaq hw6965 -- SE P990i


SAYA cukup berpuas hati menggunakan smartphone atau PDA-Phone ini. Semua ada. Namun dari segi telefon, tidaklah boleh lawan Nokia atau yang sewaktu dengannya. Dari segi PDA pula, tidaklah boleh lawan Palm.

Walau bagaimanapun Treo 650 ini boleh buat semua yang phone boleh dan yang PDA boleh buat.


DOPOD 900 ni paling canggih. Harga dia mengalahkan notebook berjenama. Ia boleh buat semua perkara asas yang boleh dibuat oleh notebook termasuk panggilan telefon dan SMS yang tidak mampu dilakukan menggunakan notebook.

Namun banyak orang yang saya temui, tidak begitu berpuas hati dengan dopod kerana:
- saiz besar
- berat
- bateri tak tahan lama (maklumlah 3G)
- cra$h selalu (biasalah, ia adalah Windows! - WM5).

Saya juga tidak begitu selesa dengan dopod900 ini kerana prestasi yang perlahan dan operasinya tidak boleh dilakukan dengan sebelah tangan.

HP iPAQ hw6965

Dengan iPaq ini barulah saya boleh menghargai WM5. Ia agak laju, tidak mudah crash dan boleh tahanlah. Kelebihannya, ia ada GPS built-in. Tetapi pakai EGDE sajalah sebab 3G tidak ada.

SONY ERICSSON P990i

LEBIH setahun dok tunggu model ni, bila dah keluar, kitalah yang jadi antara penguji pertama. Ramai orang kata P990i ni tak bagus sebab signal telefon lemah dan kerap crash. Phone dengan OS Symbian baru ni adalah terlalu baru, tidak banyak aplikasi yang boleh didapati secara percuma atau berbayar. Dan lagi.... bagi saya ini adalah phone yang paling susah untuk digunakan. Setelah 2 minggu memandu uji, nak connect ke Internet masih belum berjaya, malahan nak connet ke BT headset juga masih gagal.

Apa lagi selepas ini?.
Saya nak memandu uji Treo 700p GSM. Walaupun ia tanpa 3G, rasanya PalmOS adalah yang terbaik. Setakat ini tidak ada phone/smartphone/PDA yang boleh melawan pengurusan SMS nya dan GUI yang begitu menarik dan mesra pengguna.

7 comments:

Anonymous said...

Jadi kesimpulannya yg terbaik adalah treo 650? saya pon masih mencari yg terbaik dan berbaloi dgn harganya..

mba2u said...

Treo, Dopod, iPaq & P990i mungkin bukan Treo650 yang terbaik, sebabnya Treo650 cuma punya 32MB RAM dan tidak sokong 3G. Walau bagaimanapun dari segi aplikasi, saya rasa tiada yg boleh lawan PalmOS setakat ini. Sebab itu saya rasa Treo 700P adalah yg terbaik sbb ada 128MB RAM. Jangan tergoda pula dengan 256 atau 512RAM dalam WM5 OS atau Symbian, sebab file management mrk adalah berbeza. PalmOS pakai memory yg kecil sahaja.

Palm tetap di hatiku.

Zareda Norman said...

zar sekarang pakai dopod, tak berapa best sebab tak de 3G tapi dr segi functional lain memang superb

mba2u said...

DOPOD model apa zar yg takder 3G tu?.

Berisman said...

MBA,
Thanks for your reviews.I am also waiting for the lastest version of Palm Treo...yg sedihnya masih belum datang2 ke Malaysia

Zareda Norman said...

mba
zar pakai dopod 818, mase beli tu hubby kata tu model terbaru.. la ni dah kuar dopod 900 plak ek

Anonymous said...

Palm rulezzz... saya mmg pakai treo dari dua tahun sudah... treo 600 pastu upgrade ke treo 650..tgh tunggu nak upgrade ke treo 700p pulak... aper pon palm mmg best.