Labels

Sunday, August 20, 2006

SAYA NAMPAK BODOH JIKA BERCAKAP MELAYU



SEMUA orang dah tahu pasal pelakon Syarifah Amani mengeluarkan kata-kata "it sound stupid, if I speak Malay' (saya nampak bodoh, jika bercakap Melayu) semasa anugerah Festival Filem Malaysia Ke-19 (FFM19) hari tu.

SEBENARNYA majoriti rakyat Melayu Malaysia memangpun mengamalkan apa yang Amani kata tu, cuma kita-kita semua ni tidaklah bercakap di depan khalayak sebegitu. Lagipun siapalah kita ini untuk diberi peluang untuk bercakap sebegitu, nak pegang mikrofonpun tak mahir.

APAPUN pada hakikatnya begitulah. Memang orang Melayu tidak bangga dengan bahasa dan budaya sendiri. Rakan Jepun saya yang bertugas di pejabat JICA Malaysia rasa cemburu dengan rakan-rakan mereka di JICA Indonesia yang begitu fasih berbahasa Indonesia. Sebabnya, hidup di Malaysia, khususnya di KL tidak memberi apa-apa peluang kepada beliau untuk mempelajari BM. Semua orang cakap English katanya, macamana saya mau belajar dan mengamalkan BM?

JADI, tak perlulah kita salahkan budak pelakon tu tentang isu bahasa ini. Salahkanlah kita sendiri. (Walau bagaimanapun budak tu memang tak patut, macam-macam kontraversi dia timbulkan, entah sengaja entah tidak entahlah, namun banyak yang tak betul ler dari budaya dan amalan kita).

2 comments:

abdullahjones said...

Hahahahaha. Sudah beberapa kali saya menjadi tukang komen pertama di sini. Sombong sungguh saya.

Tentang pameran di Putrajaya, uruskan dan saya adakan. Komisyen seperti biasa, 25%. hahaha.

Bunga Rampai said...

...dan saya harap menjadi pengunjung pertama pameran pak dollahjones tu ;)

Salam Sdr. Mba, moga sihat ceria.