Labels

Sunday, August 06, 2006

berita ringkas dari tokyo

tiba di Tokyo jam 7am. Urusan imigresen dan kastam berjalan lancar. Terus ke Narita Garden Hotel. Mandi.

Jam 5.30pm tiba di Kawaguchi Lake Ryoken (traditional hotel). Dinner tradisi Jepun.

12.30 bangkit. 1.30am bertolak ke mt. Fuji (station 5). Selepas solat subuh (berjemaah) bertolak dan mulakan pendakian jam 3.30am. Lihat matahari naik di pertengahan jalan. Jalan, naik, turun, berhenti, rehat, power bar, power gel, tiba di stesen 6. Pertengahan stesen 6, 2 ahli kepenatan dan ambil keputusan bersara awal. Team leader hantar balik ke jalan untuk turun ke stesen 5.

Anggota lain jalan lagi, naik lagi dalam penuh kepenatan tapi meriah. Berhenti di setiap stesen untuk cop tongkat sakti dengan 200 yen. Dapatlah kira-kira 10 cop sebelum tiba di stesen 8. Ya .... 7 jam baru tiba di stesen 8 (patutnya 4 jam sahaja). Di sini renjer dah hot.... kami juga bercadang nak beli bag utk renjer supaya dia AF keluar.... sebab renjer yang melambatkan perjalanan. Akhirnya majoriti mengalah dan sebahagian kecil sahaja terpilih untuk meneruskan perjalanan ke puncak dan..... jalan turun lagi susah wooo

5 comments:

lynn said...

hehe saya org pertama komen entry khas dr tokyo ni ye... blog k,sri pun. di doakan semoga selamat menjejakki puncak fujisan dan semoga selamat kembali. abadikan kenangan manis di sana sebyk mungkin ...

Anonymous said...

Selamat mendaki dan selamat turun.pastinya ini bukan mimpi lagi dan selamat kembali ke Malaysia dan kepangkuan keluarga salam buat Sri Diah. - jejak kasih -

Sikenit Comel-AminBakish said...

selamat selamat selamat sume didoakan...

Anonymous said...

alhandulillah, diharap semua berjalan lancar. Dah nampak ke matahari naik?, cantik tak?

T.Kasih kerana mencuri ruang dan masa utk update blog..ramai peminat MBA tunggu berita.

areyoung said...

Semoga selamat pulang.. kirim salam sama bos saya.. ; P