Labels

Tuesday, August 08, 2006

ADUH...... PEDIHNYA!

SEMASA menuruni mt. fuji, kami tidak lagi memerlukan khidmat renjer. Sebenarnya dari awal lagi, perkhidmatan renjer gunung ini memang tidak ada dalam kamus kami. Sebab itu kami bahagikan rombongan mendaki kepada dua kumpulan. A-Team untuk pendaki yang pantas dan J-Team bagi pendaki yang perlahan dan kemungkinan give-up di pertengahan perjalanan. Namun JAL beria-iya sangat untuk memberi renjer dan akhirnya kesemua 24 pendaki berada dalam satu kumpulan sahaja. Kesian kepada pendaki laju kerana terpaksa terlalu lama berehat menanti pendaki yang perlahan. Kesian juga kepada yang perlahan kerana terpaksa mengikut rentak yang laju. Pengajaran dari sini ialah - ikut saja rasa hati, tinjaulah maklumat dari Internet, bagaimana orang lain lakukan.

Menuruni fujiyama rasanya adalah kurang dari 4 jam. Ada kalanya berlari atau perjalan laju. Tidak lagi terpaksa berhenti "myJICA 5 minute breake, drink water" sepertimana arahan renjer bagi setiap perhentian. Lagi pula memang sudah sampai klimaks, apa lagi yang ingin dilihat?. Berlari sajalah ke bawah, bersihkan diri, solat, rehat cukup-cukup. Makan? ah tidak berselera langsung. Power-bar cuma disentuh setengah bar sahaja semasa pendakian. Dirasakan tidak ada masa untuk mengunyah makan. Semasa perjalanan turun, langsung makanan tidak disentuh. Tidak terasa langsung berat beg yang digalas.

Akhirnya..... tumit pecah melecek, jari bengkak-berdarah. Itulah yang diperolehi dari sesi tersebut. Padan muka!.

Keesokannya, masih lagi menjalankan tugas ke Tokyo Tower, Ueno dan Akihabara. Barulah terasa kesengsaraan sebenar pendakian.

Isnin ... ada mesyuarat di HQ. Kami pergi berempat dan yang lainnya meneruskan acara lawatan atau membeli-belah. Inilah mesyuarat/ lawatan formal pertama yang kami pakai t-shirt dan kasut sukan sahaja. Sebabnya? Tidak membawa sebarang pakaian formal.

Q: Adakah benar dalam proses mendaki gunung, turun adalah lebih sukar dari naik?

A: tidak semestinya benar. Mungkin psikologi sahaja. Maklumlah semasa naik, penuh semangat, masih bertenaga. Bila menuruni, semangat dah habis, tenaga dah kurang, dah tentu terasa macam susah. Jika tak percaya, bolehlah dicuba, naik gunung guna helikopter, lepas tu turun dan naik semula. Cuba tengok mana lebih susah?.



Kami tiba di KLIA 6:25pm tadi....

Aduh pedih sekali...

3 comments:

Anonymous said...

walau apa pun syukurlah...selamat balik, nanti cerita lagi..

apa pengalaman paling manis di sana?

paling pahit?

yang sukar dilupakan?

lynn said...

alhamdulilah, MBA dan semuanya selamat sampai di tanahair. betul tu jangan lupa catatkan pengalaman manis dan pahit seperti kisah yg dulu...

Ahmad Saabun said...

tuan mba
alhamdulillah selamat pulang semuanya.melecet kaki dah ok ke. bila free nak jumpa jap, kita minum kat putrajaya pun ok. bukanya apa nak belajar guna bluedot yang canggih dari tokyo tu.