Labels

Tuesday, August 22, 2006

MEE MAGGI



SEMUA orang tahu, ini ialah foto mee maggi. Walaupun ia bukan berjenama Maggi, namun oleh kerana BIASANYA orang kita menyebut fotocopy sebagai xerox, minyak rambut sebagai brylcreem, ubat gigi sebagai colgate, filem sebagai kodak (dan banyak lagi), maka tak salahlah jika saya sebutkan di sini mee segera sebagai mee maggi sahaja.

Semasa sesi minum pagi berprestasi tinggi minggu lepas, dalam banyak-banyak perkara yang dicakapkan (yang hampir semuanya tak difahami), satu perkara yang saya faham ialah mengenai mee maggi. (Ah, memanglah, tahap kefahaman manusia ialah yang setaraf dengannya. Jika dia bertaraf mee maggi, dia fahamlah mengenai mee maggi dan bukannya marcaroni atau pasta).

Seorang ahli panel tu kata, kita tak mau staf mee maggi. Hanya boleh bertahan 2 minit jer, sebab itu ia boleh dimasak 2 minit juga (moto terkenal mee maggi ialah 2-minit mee: Cepat dimasak, sedap dimakan dan biasanya ditambah senang dibuang). Kesian kat mee maggi sebenarnya.... Jika kita (golongan marhain ini) renung-renung semula, betapa banyak dan besarnya jasa-jasa mee maggi tu. Memang banyak jasa dia. Tapi sudah tentu mee maggi bukan diperlukan setiap hari, setiap masa. Keperluannya adalah sewaktu mendesak saja.

Apabila kita terdesak, kita akan cari mee maggi:
- Kehabisan duit (ingatlah zaman studet dulu)
- Kelaparan (tak sempat nak masak)
- Tengah malam (semua kedai dah tutup)
- Pergi oversea (susah nak cari makanan halal)
- Sekali-sekala (tak ada selera tengok makanan lain)
- Banyak lagi....

Jadi, pada masa-masa terdesak begini, mee maggiklah yang dicari dan ternyata mee maggi boleh menyelesaikan masalah semasa. Memang.... mee maggi tak perlukan chef, nak masak mee maggi tak perlukan resepi atau methodologi tertentu, tetapi hasilnya kan membantu? Mengapa mee maggi diperkecil-kecilkan jasa dan peranannya?

Sememangnya mee maggi tidak diperlukan pada setiap masa ..... dan akulah staf mee maggi itu yang tak mungkin tersenarai dalam apa-apa anugerah makanan yang baik, enak dan sihat.

Jom makan secara sihat!.

4 comments:

Anonymous said...

My favourite is mee maggi perencah kari.. Kalau nak sedap lagi, kita tambah tauhu goreng, udang, sotong, sawi & kerang. Ada ummmppphhh..

Sikenit Comel-AminBakish said...

en. mba tak pe jadi pekerja mee maggie yang penting semua orang suka :)

Anonymous said...

Entahlah...pada saya Tuan MBA banyak memberi manfaat dan sumber ilmu. Masa kat Jepun dulu mee maggie adalah makanan utama, even skrg pun di rumah, sedap.

smd said...

saya makan mee goreng presiden... sdp~