Labels

Saturday, June 17, 2006

PONTENG KERJA

Seronoknya jadi staf yang tidak dipedulikan ya?.

Ada kakitangan ponteng 3 tahun

KOTA KINABALU: Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Tan Sri Subhan Jasmon semalam mendedahkan ada anggota perkhidmatan awam di kementeriannya yang ponteng tugas sehingga tiga tahun tanpa dikenakan tindakan.

"Peliknya, kakitangan ini tetap mendapat gaji. Apa yang membuatkan saya naik marah dan geram, saya langsung tidak dimaklumkan mengenainya sehinggalah baru-baru ini," katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Jasamu Kementerian Pertahanan (Kementah) cawangan Sabah di Kem Lok Kawi, dekat sini, semalam.

Subhan berkata berikutan kes seperti itu, pihaknya sudah mengarahkan semua Pengarah Kementah serta Panglima Briged di setiap negeri memberi perhatian terhadap displin anggota perkhidmatan awam di tempat masing-masing.

Katanya, masalah ponteng atau tidak datang bertugas dikenal pasti sebagai masalah displin paling banyak direkodkan kementeriannya sejak beberapa tahun lalu.

Tahun lalu saja, katanya, sebanyak 60 kes direkodkan manakala setahun sebelum itu sebanyak 76 kes.

"Daripada 60 kes yang direkodkan pada 2005, sebanyak 10 kakitangan sudah dibuang kerja.

"Kita ada 14,000 anggota perkhidmatan awam bertugas di kementerian di seluruh negara. Jika dibandingkan dengan 60 kes tahun lalu dan 76 pada 2004, ia masih besar dan saya tidak berpuas hati," katanya.

Subhan berkata kes `selalu lesap' tanpa dikesan ketika bertugas juga banyak direkodkan berlaku membabitkan anggota perkhidmatan awam di kementeriannya.

"Mereka ini selalunya datang jam 8 pagi dan setengah jam selepas itu terus lesap tanpa sesiapa mengetahuinya termasuk ketua mereka,” katanya.





. Selalunya mereka akan muncul semula jam 3 petang.

"Mungkin mereka ini ada ilmu lesap, tapi saya dimaklumkan ada diantaranya membuat kerja lain seperti membantu ibu bapa di kantin sekolah. Kita sedang siasat perkara ini semua.

"Saya ingin nasihatkan semua pihak berkenaan, sekiranya tidak lagi ingin berkhidmat dengan kementerian, baik hantar notis dan tumpukan pada kerja lain yang lebih diminati," katanya.

Mengenai masalah penagihan dadah, Subhan berkata pihaknya sudah mengambil beberapa langkah termasuk mengadakan ujian air kencing setiap kakitangan seperti diarahkan Jabatan Perkhidmatan Awam.

Katanya, buat permulaan ujian itu dilakukan terhadap kakitangan lelaki kerana golongan ini dipercayai mudah terjebak dengan masalah itu dan sehingga ini seramai 2,000 sudah selesai menjalaninya.

"Hasil ujian ini, sembilan disahkan positif dan lima sedang dalam pertimbangan untuk dibuang kerja," katanya.

Sementara itu, seramai 51 kakitangan cemerlang Kementah cawangan Sabah menerima anugerah pada majlis itu manakala 21 lagi sijil penghargaan bersara.

Hadir sama Pengarah Kementah Sabah, Parang Abai @ Thomas serta Panglima 5 Briged, Brig Jen Md Ruslan Md Ali Hanafiah.


5 comments:

Anonymous said...

Eee Eee, dahsyatnya.. Boleh ponteng kerja sampai 3 tahun ya...
Itu sudah lebih, bukan?
Datang kerja kul 8 pagi, setengah jam, lesap.. Muncul pulak jam 3 petang... Gaji tetap masuk... Ini macam kalo, seronok ya dapat gaji pree..

mba2u said...

dia ni bukan datang 8am lesap 3pm, tapi tak datang langsung... cukup bulan jolok kad atm saja, HEBAT!!

Akuro ® said...

Herannya modus operandi dia xbocor lak. 3 tahun tuh!

Unknown said...

tapi yang herannya takkan tak de ckomplen sepanjang tempoh tu.. kenapa org ats tak jenguk2..?? musykilkan? banyak kerja sangat agaknya, sampai tak sempat tengok anak buah.

Sri Diah said...

Saya tak salahkan si polan tu. saya salahkan bos dia.