Labels

Tuesday, May 13, 2014

MASA KERJA NAIK MAS , MASA PENCEN NAIK AIRASIA : BANK YANG SOMBONG

SEMASA saya masih bekerja dalam Kerajaan, saya tidak pernah naik kapalterbang AirAsia. Ke mana sahaja saya naik MAS. Kerajaan beli tiket kelas bisnes. Dengan itu saya mampu mempunyai kad Enrich Gold.


Perjalanan persendirian juga menggunakan MAS, sebab mata ganjaran yang banyak dalam Enrich Gold.

Pada masa tersebut Citibank memberikan saya Kad Citibank-AirAsia Gold secara percuma. Namun saya tidak berminat dan tidak menggunakannya. Pada masa itu saya tidak terfikir langsung yang saya akan naik AirAsia.

Namun sejak akhir-akhir inisaya kerap sangat membeli tiket AirAsia. Sekali beli adalah dalam RM30 ke RM40 ribu. Banyak. Jika dikumpul mata ganjaran BIG memang banyak. Maka saya terfikir, jika gunakan kad kredit Citibank-AirAsia tentulah bagus. Kebetulan saya terima emel menawarkan kad tersebut. Saya pun isi borang dan hantar. Berikut adalah jawapan yang saya terima dari Citibank:



Saya fikir tidak login Citibank tolak permohonan saya jika berdasarkan pendapatan. Sebabnya pencen saya masih melayakkan saya untuk mendapat Gold Card. Saya tidak tahu sebab apa. Memandangkan saya juga adalah seorang pemegang kad kredit Citibank, saya berhasrat dan bertekad untuk menamatkan penggunaannya dan tidak akan mempunyai apa-apa akaun lagi dengan Citibank. Banyak lagi bank lain.


Sekian terima kasih.





Thursday, May 08, 2014

MUDAHNYA MENJADI AGEN PELANCONGAN



SEMASA hadir ke konvensyen Hartanah hujung minggu lepas, saya tertarik dengan iklan di luar kedai agen pelancongan. "Osaka RM2XXX all-in". Saya masuk dan bertemu bossnya.

Saya: "Saya mahu tanya pasal melancong ke Osaka"

Dia: "Bila nak pergi?"

Saya: "Boleh beri itinerari?"

Dia: "Nah.... ini itinerari Korea"

Saya: "Saya mahu itinerari Osaka"

Dia: "Encik confirm dulu bila dan nak tengok apa, baru kami buat itinerari".

Saya (dalam hati):  Pakcik ni Jepun pun belum sampai agaknya. "Terima kasih sahajalah".


Senangnya orang bukan agen pelancongan ya?. Tak ada produk. Tak tahu apa2, main jual saja....





Monday, May 05, 2014

BUAT SATU DAPAT BANYAK



Bagaimanakah caranya kita mahu buat satu perkara dapat banyak benda?
Contohnya taip di BLOG dan dapat juga di FB, Twitter dan Instagram.


Terima kasih.

Friday, May 02, 2014

TRAVELOG JEPUN : DARI BUKU MENJADI AGEN PELANCONG



2008 : Mula Menulis.
2009: Siap Sepenuhnya.
2010: Menunggu
2011: Menunggu
2012: Terbit sendiri
2013: Jualan BUKU habis licin. eBuku atas permintaan.
2013: Hamami (makan-makan) di bawah pohon sakura di Tokyo.
2013: TravelogJepun 2S (Sakura & Snow)
2014:
Mac: TravelogJepun 3S
Mei: Osaka/Kyoto Auto Parts
Jun: Nagoya-Nagano-Osaka-Kyoto-Nara-Nagoya
Julai: Tokyo International Book Fair (TIBF)
Ogos: Kembara Sejarah.
Ogos: Mt.Fuji Climbing
Dis: Homestay in Japan
Dis: Japan on Ice.

2015: Menyusul.
Terus Maju.


Monday, April 21, 2014

MENULIS CERITA MENGENAI DIRI SENDIRI - MEMOIR

HARI ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kami yang ke-29 rupanya. Rupa-rupanya juga sudah lebih 10 bulan saya meninggalkan perkhidmatan awam, ia itu bersara. Jika seorang perempuan yang hamil, sudah tentu ia sudah melahirkan bayi yang dikandungnya.

Namun saya masih lagi belum menghasilkan buku yang dijanjikan, ia itu mengenai diri sendiri dalam perkhidmatan awam. Saya berjanji untuk menulis mengenai suka duka selama 30 tahun dalam kerajaan. Bagaimana sepak terajang yang saya hadapi. Apakah sumpah seranah yang saya dapat yang akhirnya saya jadikan doa penguat semangat. Saya merangkak dari Tingkatan Biasa sehingga JUSA C, memotong dan memintas semua senior saya.

Buku tersebut saya namakan (judul sementara) Travelog Kerjaya: Dari Tingkatan Biasa ke JUSA C (30 Tahun Dalam Kerajaan) atau Travelog Kerjaya: Jadilah Seperti Sakura, Ia Guhur Sebelum Layu.

OK hari ini saya ingin menjual beberapa buah buku panduan menulis Memoir dalam bentuk eBook.






Kesemuanya dengan harga RM99    RM59. Jika mahu, sila hubungi saya.


Saturday, April 19, 2014

NICE


Ini ialag bekas habuk rokok. Ia dibeli di NICE, Peranchis. Ia diberikan oleh staf saya pada hari terakhir saya berada di pejabat, sebelum bersara. Beliau dihantar ke NICE mewakili negara atas urusan Malaysian standard.

Saya adalah ahli kepada standard ini. Timbalan saya juga ahli. Saya menerima jemputan dari SIRIM dan Jabatan Standard untuk hadir ke mesyuarat ini di Peranchis. Tempat mesyuarat adalah Sophia. Memandangkan nama tempat itu adalah sama dengan nama dan ejaannya dengan nama timbalan saya, maka tempat ini saya berikan kepada beliau. Sudah tentu besarlah maknanya kepada beliau. Walau bagaimanapun beliau tidak dapat hadir atas sebab-sebab peribadi.

Akhirnya saya calonkan diri saya sendiri untuk hadir bersama seorang lagi staf. Saya berjawatan Pengarah dengan pangkat JUSA C. Staf saya dalam gred 48. Akhirnya saya dimaklumkan bahawa Timbalan Ketua Pengarah mencantas nama saya. Hanya seorang staf saya gred 48 sahaja dimajukan ke peringkat atas untuk dipertimbangkan. Akhirnya beliau berjaya. Beliau bukan sahaja mewakili jabatan, malahan mewakili negara.

Dalam congak bodoh saya, jika ingin dipilih seorang sahaja, sudah tentulah saya yang dipilih. Saya fikir saya lebih wajar untuk diberikan penghormatan untuk mewakili negara. Rupa-rupanya tidak, perkiraan TKP itu tidak begitu. Sungguh haprak saya rupanya.

Sepanjang saya berada di jabatan itu, saya tidak sekali pun naik kapalterbang ke luar negara. Hinggakan kad enrich gold saya bertukar silver dan seterusnya  menjadi biru. Akhirnya saya potong sahajalah kad enrich tersebut. Selamat tinggal MAS.




Thursday, April 10, 2014

AKTIVITI SURAU MENJAUHKAN DARI SUNAH RASUL



SEMASA zaman kanak-kanak dan zaman persekolahan, kita tidak diajar mengenai kehidupan mahupun sunnah Rasulullah. Jika diajar pun, hanya setakat sunnah mengenai ibadat khusus sahaja, ia itu solat, puasa dan yang setaraf dengannya.

Kita tidak diajar bagaimana Nabi kita makan, tidur, baring, berniaga dan sebagainya.

Satu sunah Rasul yang saya dengar ialah  " Rasulullah makan malam sebelum waktu maghrib". Ya, kita boleh ikut sunah rasulullah ini, jika kita mahu. Namun kebanyakan surau dan masjid di negera kita akan buat sesuatu yang berlawanan dengan sunah ini.

Bila surau atau masjid buat aktiviti ceramah misalnya..... mereka hidangkan makanan lepas Isya'. Hampir jam 10 atau 11 malam. Ini bukan sahaja berlawanan dengan sunnah, malahan ia sangat tidak sihat. Tidak Islamik langsung. Adakah salah jika beri makan sebelum maghrib?. Atau paling teruk pun selepas Maghrib dan teruskanlah dengan ceramah atau aktiviti. Tidak dinafikan, ada segelintir hadirin datang ke surau dan masjid adalah untuk makan (sahaja). Jadi jika dibuat sebelum Maghrib atau lepas Maghrib, tentu mereka akan datang (untuk makan). Alang-alang nak bagi orang makan, janganlah berlawanan sangat-sangat dengan sunah Rasul.

Wallahualam. 


Wednesday, April 09, 2014

SEMBAHYANG HAJAT MH370



SEMASA zaman kanak-kanak, saya cukup "takut" dengan sembahyang hajat.
Sebabnya?.

Pada zaman itu, tahun 1960an biasanya sembahyang hajat digunakan untuk memohon Allah memberi "balasan" ke atas kesalahan yang dilakukan. Misalnya pecuri masuk rumah, lembu dicuri, motor disorok dan sebagainya. Maka sembahyang hajat dibuat meminta supaya Allah memberi petunjuk ataupun balasan kepada si pelakunya.

Bila sebelah malamnya diadakan sembahyang hajat, esok petunjuk telah diperolehi. Jika motor (pada masa itu, tidak ada orang kampung saya ada kereta) dicuri, esok sekoyong-koyong sahaja motor itu dijumpai semula. Jika rumah dimasuki pencuri dan wang ringgit atau barang kemas dicuri, esoknya suspek pencuri sudah demam, perut buncit, muntah-muntah dan seumpamanya.

Cepat sungguh petunjuk dan balasan Tuhan terhadap sembahyang hajat.

Kini sembahyang hajat sudah jadi sangat biasa. Barangkali setiap malam kita melakukan sembahyang hajat.

Kini.... MH370 sudah sebulan hilang. Ada macam-macam teori. Banyak sembahyang hajat memohon jumpa semula.... Mengapa tidak kita sungguh-sunggih buat sembahyang hajat supaya Allah beri petunjuk, beri balasan kepada yang empunya angkara?. Tidak kiralah samada dalam negara atau luar negara.

Hanya kepada Allah kita mengadu.


Thursday, April 03, 2014

JUMPA SPIDERMAN DI JEPUN BILA ULTRAMAN BERCUTI



JOM sertai saya ke Osaka pada 25 - 29 Mei 2014:

OSAKA-KYOTO AUTO ACCESORIES/PARTS SHOPPING TOUR 2014: 25 May : Sampai di Kansai Airport (ETA 15:40pm). Shopping di Rinku Premium Outlet. Check in hotel.
26 May : Pagi : Shopping di kedai sparepart & aksesori kereta.

Petang : Free & Easy (Shopping sekitar kawasan Dotonbori Shopping Street, Osaka)
27 May : Pagi : Melawat Kyoto Historical City (Bamboo Forest Arashiyama, antara yang tercantik di dunia) Petang : Shopping di beberapa kedai barang sehondhand dan recycle.
28 May : Free & Easy (Option : Universal Studios Japan)
29 May : Bertolak ke Kansai Airport. Berlepas ke Malaysia (ETD 11:00am)

Harga : RM2850 per person + RM1000 flight = RM3850 makan. 4 kali breakfast 2 kali lunch (26 & 27 May) 3 kali dinner (25, 26, 27 May)


https://www.facebook.com/events/218150855052379/



Wednesday, March 19, 2014

MH 370 : SIAPA SEBENARNYA PENUMPANG?

"Amat, balik dengan apa"? Tanya emaknya penuh rasa ingin tahu.

Amat menjawab dengan penuh tertib "Amat tompang basikal Pakcik Ayub. Kebetulan dia lalu tadi dan pelawa Amat tompang".

"Oh begitu, adik engkau balik menumpang lori surat khabar".  Emak Amat memberitahu.

Bolehkah agaknya kita menumpang bas ekspres?. Boleh sekiranya kita diberikan tompang oleh pemandunya. Begitu juga dengan tmenup[ang naik keretapi dan seterusnya.

Jika kita membeli tiket, kita bukan lagi penumbang, sebaliknya kita adalah pasenjin (passenger). Jado sebenarnya siapakan penumpang dalam MH370?. Majoriti menaiki pesawat dengan membeli tiket. Mereka tidak tumpang, mereka bukan penumpang.

Penumpang MH370 barangkali hanya 12 orang sahaja, ia itu yang naik tanpa tiket.

;)

Saturday, March 08, 2014

SEBUAH RAJAH ( BUKAN SEKEPING FOTO PUN )



Dalam selak menyelak, kemas berkemas, saya terjumpa dengan rajah lama ini. Sekeping rajah menceritakan di mana saya belajar dan di mana saya bekerja 1978-2011 (bersara 2013). Simple.


Wednesday, March 05, 2014

SAKIT KEPALA BUKAN SIMPTON DARAH TINGGI

BANGUN pagi, sakit kepala.
Ambil bacaan BP ... nah 170/104.
Patutpun sakit kepala, kata hati.


Makan ubat.
Minum air
Minum air belimbing
Minum air buah
Tidur.
Ambil BP ... 119/77.



Kepala masih sakit juga.

Friday, February 07, 2014

CAKAP BOHONG ORANG BERNIAGA

Sinakap sonohong
ikan gelama ikan duri
bercakap bohong
lama-lama mencuri

Masa Untung

"Susahlah berniaga sekarang. Tak ada untung. Barang semua mahal. Dapat cuma RM10 saja sehari".


Masa Susah @musibah (seperti banjir misalnya)

"Alaaa susahlah macam ini, sudah ribu-ribu rugi. Sudah 10 hari tak dapat berniaga, satu hari RM1 ribu, ini sudah rugi RM10 ribu lah".

-----
Yang mana satu bohong?. Masa untung atau masa rugi?. Rasanya untung bohong, rugi pun bohong.

Wallahualam.

Wednesday, February 05, 2014

Friday, January 10, 2014

SAMBIL MELANCONG BUAT DUIT

TAHUN lepas kawan saya buat RM20,000 semasa saya sama-sama melancong dengan beliau. Saya hanya melihat sahaja dengan penuh takjub. Itu cerita di Jepun.


Bagaimana caranya?. Dia ambil order siapa yang mahu beli bag berjenama (original). Kemudian dia belikan dengan setengah harga di sini. Balik Malaysia dia jualkan dua kali ganda, tetapi masih murah lagi berbanding harga di Malaysia. Ini cerita benar, berlaku depan mata saya. Malahan saya yang temani dia pergi shopping.

Itu cerita di Jepun.

Akhir tahun lepas, saya dan keluarga ke UK. Tanpa disangka-sangka, saya terjumpa sesuatu yang "boleh buat duit". Saya beli. Ambil foto dan upload ke facebook. Ramai yang berminat mahu beli. Akhirnya saya beli 70 px dan habis dalam masa seminggu sahaja. Tidaklah kaya, tetapi sangat berbaloi.

Ia cerita di UK.

Kini saya akan bawa rombongan ke Jepun seramai 16 orang. Salah satu itinerarinya ialah pergi shopping ke tempat "itu". Saya pasti jika berminat untuk buat duit, memang banyak boleh buat duit.... Tidak perlu bawa cash, kad kredit boleh tenyeh dulu..

Di manakah tempat itu?. Ikut saya di Jepun dan saya akan bawa. Bag berjenama (original). Ia lebih murah dari UK walaupun ia adalah UK dan US Brand. (Di USA mungkin lagi murah... orang katalah).

Berminat?.





Monday, January 06, 2014

10 Foods That Burn Fat



1. Oats : Its not only tastes great but also reduces your hunger. Oats contains fiber which helps and stabilizes the levels of cholesterol.
2. Eggs : Eggs are the rich sources of proteins and low in calories. Eggs helps us to build the muscles and develops the good cholesterol.
3. Apples : Apples are enriched with powerful antioxidants and other supplements. Most importantly it contains Pectin which helps to reduce the fat cells in the body.
4. Green Chillies : Green chillies contains Capsaicin which helps to develop the body growth cells and burns the calories in quick time.
5. Garlic : Garlic contains Allicin which has anti-bacterial properties helps us to reduce the fat and removes the bad cholesterol.
6. Honey : Honey is the best one to burn fat. Add honey in warm water and take it daily in the early morning.
7. Green Tea : Green Tea is the most effective one which helps you to lose weight. It contains Antioxidants which helps and stabilizes our body weight.Take daily 2 cups of tea for a better results.
8. Wheat Grass : It boosts our metabolism and helps to reduce the fat.
9. Tomatoes : Tomatoes helps us to burn the fat in quick time. It also helps us to stay away from cancer. So Take tomatoes in your diet regularly.
10. Dark Chocolate : Dark chocolate contains Flavonoids, anti-inflammatory properties which helps to reduce the cholesterol levels in the blood. It boost the growth of serotonin in the blood and also burns the fat.

Sunday, January 05, 2014

KALI PERTAMA NAIK PENTAS


JIKA tidak silap, foto ini dirakam pada tahun 1999. Ia itu pada 20 Oktober 1999, sempena dengan Hari Kualiti Perkhidmatan Awam. Ini adalah kali pertama saya naik ke pentas, setelah 16 tahun bekerja dalam Perkhidmatan Awam. Saya menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, Akauntan Negara Malaysia. Anugerah ini disampaikan oleh Dato Dr Jamaludin Jarjis, timbalan menteri kewangan pada masa itu.

Usia saya pada ketika itu sudahpun 40 tahun. Tahukah anda apa yang Pak Menteri tanyakan?.  "Ini sudah kali keberapa terima APC"?.

Saya tergamam dengan soalan itu dan hanya memberikan senyuman (yang tidak berapa manis) sebagai jawapan.

Ia lah, sudah 40 tahun, masakan kali pertama naik pentas?.  Sut saya juga tidak seragam. Saya beli sut ini di Jepun, tetapi seluarnya sudah tidak muat lagi. Jadi, pakai seluar lainlah. Cuba tengok sut menteri ... Ini adalah kali pertama naik pentas!.

APC pada masa itu hanya dapat sekeping sijil (yang masih tersimpan hingga sekarang). Tidak ada lagi sebuah jam, sebab ia telah berlalu. Tidak ada lagi menegak atau melintang, kerana ia telah berakhir.




Saturday, January 04, 2014

7 KELEBIHAN MINUM KOPI


Kita selalu dimomokkan dengan cerita minum kopi tak bagus. Betul tak? Tapi di sini saya nak kongsikan dengan pembaca, 7 kebaikan minum kopi yang tak pernah diceritakan.



1. Hidup lebih Lama
Satu kajian yang dijalankan oleh Institut Kanser Kebangsaan di US mendapati orang yang minum kopi pada kadar keperluan biasa setiap hari, hidup lebih lama berbanding orang yang tidak. Ini adalah berpunca daripada antioksidan yang tinggi dijumpai semulajadi dalam kopi. Kopi juga dapat mengurangkan ketagihan seseorang terhadap rokok.

2. Mencegah Penyakit
Dalam kajian yang dijalankan di Univeristi Harvard pula, penyelidik mendapati meminum kopi 1 - 3 cawan sehari boleh memberi faedah kepada kesihatan anda secara dramatik. Sebagai contoh, pengambilan kopi boleh mengurangkan risiko diabetes (kencing manis). Selain itu, dapat juga mengurangkan risiko penyakit Parkinson sebanyak 80%, kanser kolon sebanyak 25% dan kanser payudara sebanyak 40%!

3. Bersenam

Sebelum anda bersenam di gim atau di rumah, lebih baik anda mulakan nya dengan meminum secawan kopi. Ini kerana, selepas minum kopi, badan akan mengeluarkan hormon endorfin. Endorfin akan meningkatkan lagi prestasi anda serta dapat bersenam dengan lebih baik lagi. Kafein dalam kopi juga dapat meningkatkan tenaga.

4. Kemampuan Kognitif Lebih Baik

Meminum kopi
pada kadar yang betul (1-3 cawan sehari) boleh meningkatkan kemampuan kognitif anda. Penyelidik di California telah menjalankan ujian memori jangka pendek kepada individu. Dikatakan kafein dalam kopii dapat menghalang pembentuk plak beta-amyloid dalam otak, sekaligus menjadikan otak berfungsi dengan lebih baik. Penyakit Alzheimer mungkin boleh dirawat jika ini ada kebenarannya.

5. Mencegah stroke

Kajian yang dijalankan di Jabatan Perubatan Keluarga di Seoul, Korea mendapati penurunan risiko terkena stroke adalah sebanyak 25% bagi peminum kopi sekurang-kurangnya 1 cawan sehari. Manakala kajian di Finland pula mendapati penurunan sebanyak 12% untuk risiko stroke jika individu mengamalkan minum kopi 4 cawan sehari.

6. Kesihatan yang lebih baik
Terdapat lebih kurang 1,000 antioksidan yang terdapat dalam kandungan secawan kopi. Antioksidan ini boleh memberi manfaat dalam pelbagai cara. Antaranya adalah dapat membantu menyingkirkan toksn yang mungkin menyebabkan kanser, dapat meneutralkan radikal bebas yang boleh menyebabkan badan anda cepat naik dan masalah kesihatan yang lain.

7. Mencegah Penyakit Gout
The Nurses' Health telah mengkaji ramai jururawat wanita selama 26 tahun megenai penyakit gout ini. Keputusan menunjukkan jururawat yang kerap meminum kopi sehingga 4 cawan kopi berjaya mengurangkan risiko untuk terkena sakit gout. Antioksidan dalam kopi mengurangkan insulin dalam badan, sekaligus menurunkan tahap asid urik; penyebab kepada sakit gout!




Sesiapa yang ingin cuba minum kopi-kopi ini (kopi alkali), sila hubungi saya: mba4ever@gmail.com. PERCUMA.


Friday, December 27, 2013

SEKEPING KAD SERIBU MAKNA


KAD yang sekeping ini telah membawa beribu kesan dalam Travelog Kerjaya saya.

Dipendekkan cerita, YAB Perdana Menteri ingin menyampaikan kad ucapan hari ibu kepada ibu-ibu yang berada di hospital pada tarikh hari ibu.

Diringkaskan lagi ceritanya, saya dipilih untuk menjayakan misi ini. Ia bukan susah. Ia boleh dilakukan. Tiada yang mustahil.

Apabila kad sudah disiapkan. PM sudah bersetuju. Saya dimarahi kaw-kaw punya oleh bos saya. Habis dibangkitkan segala benda dari sekecil-kecilnya.

Saya akan karang peristiwa ini dalam buku TRAVELOG KERJAYA: 30 Tahun Dalam Kerajaan. Ia perlu dikarang sebaik mungkin supaya saya tidak dimarah lagi ...



Monday, December 16, 2013

[TRAVELOG UK]: MC.D HALAL DI UK


SUDAH ada Mc.Donald di Leeds rupa-rupanya. Ya, mungkin dari dulu pun sudah ada. Bezanya semasa menetap di Leeds dahulu, kami tidak kisah dan tidak perlu kisah akan KFC, McD atau yang setaraf dengannya. Sebabnya semua restoran sebegini tidak ada yang halal. Apatah lagi, kami sekeluarga sudah tentunya lebih betah makan di rumah. Seingat saya, kami tidak pernah makan di luar, kecuali sesekali apabila berkelah dan keluar bersama keluarga.

Kini kami datang sebagai pelancong. Sudah tentulah restoran atau tempat makan perlu dicari. Khabarnya di UK sudah banyak McD yang halal. Begitu juga dengan restoran segera yang lain seperti Subway dan sebagainya.