Labels

Tuesday, May 13, 2014

MASA KERJA NAIK MAS , MASA PENCEN NAIK AIRASIA : BANK YANG SOMBONG

SEMASA saya masih bekerja dalam Kerajaan, saya tidak pernah naik kapalterbang AirAsia. Ke mana sahaja saya naik MAS. Kerajaan beli tiket kelas bisnes. Dengan itu saya mampu mempunyai kad Enrich Gold.


Perjalanan persendirian juga menggunakan MAS, sebab mata ganjaran yang banyak dalam Enrich Gold.

Pada masa tersebut Citibank memberikan saya Kad Citibank-AirAsia Gold secara percuma. Namun saya tidak berminat dan tidak menggunakannya. Pada masa itu saya tidak terfikir langsung yang saya akan naik AirAsia.

Namun sejak akhir-akhir inisaya kerap sangat membeli tiket AirAsia. Sekali beli adalah dalam RM30 ke RM40 ribu. Banyak. Jika dikumpul mata ganjaran BIG memang banyak. Maka saya terfikir, jika gunakan kad kredit Citibank-AirAsia tentulah bagus. Kebetulan saya terima emel menawarkan kad tersebut. Saya pun isi borang dan hantar. Berikut adalah jawapan yang saya terima dari Citibank:



Saya fikir tidak login Citibank tolak permohonan saya jika berdasarkan pendapatan. Sebabnya pencen saya masih melayakkan saya untuk mendapat Gold Card. Saya tidak tahu sebab apa. Memandangkan saya juga adalah seorang pemegang kad kredit Citibank, saya berhasrat dan bertekad untuk menamatkan penggunaannya dan tidak akan mempunyai apa-apa akaun lagi dengan Citibank. Banyak lagi bank lain.


Sekian terima kasih.





3 comments:

Anonymous said...

mungkin juga kena lihat sama ada tuan sudah ada 2 kad credit atau tidak, setelah bank negara menghadkan individu hanya dibenarkan mempunyai 2 kad kredit.

muhamadbinali san said...


Macamana saya boleh terlepas dan dapat 3 kad kredit ni?.

Saya mesti POTONG kad citibank saya...

Anonymous said...

Owh saya pun pernah tolak ambank dan maybank..maksud saya dibatalkan dgn kehendak saya..
Jadi En Mat senasib dgn saya..kna senarai hitam , Alhamdullilah