Labels

Wednesday, April 09, 2014

SEMBAHYANG HAJAT MH370



SEMASA zaman kanak-kanak, saya cukup "takut" dengan sembahyang hajat.
Sebabnya?.

Pada zaman itu, tahun 1960an biasanya sembahyang hajat digunakan untuk memohon Allah memberi "balasan" ke atas kesalahan yang dilakukan. Misalnya pecuri masuk rumah, lembu dicuri, motor disorok dan sebagainya. Maka sembahyang hajat dibuat meminta supaya Allah memberi petunjuk ataupun balasan kepada si pelakunya.

Bila sebelah malamnya diadakan sembahyang hajat, esok petunjuk telah diperolehi. Jika motor (pada masa itu, tidak ada orang kampung saya ada kereta) dicuri, esok sekoyong-koyong sahaja motor itu dijumpai semula. Jika rumah dimasuki pencuri dan wang ringgit atau barang kemas dicuri, esoknya suspek pencuri sudah demam, perut buncit, muntah-muntah dan seumpamanya.

Cepat sungguh petunjuk dan balasan Tuhan terhadap sembahyang hajat.

Kini sembahyang hajat sudah jadi sangat biasa. Barangkali setiap malam kita melakukan sembahyang hajat.

Kini.... MH370 sudah sebulan hilang. Ada macam-macam teori. Banyak sembahyang hajat memohon jumpa semula.... Mengapa tidak kita sungguh-sunggih buat sembahyang hajat supaya Allah beri petunjuk, beri balasan kepada yang empunya angkara?. Tidak kiralah samada dalam negara atau luar negara.

Hanya kepada Allah kita mengadu.


No comments: